f Secubit Garam: November 2009

N3 Terkini

Monday, November 30, 2009

Daging Masak Kicap Pedas


Masakan pertama menggunakan daging korban pemberian org. Yer la, dah 2 hari tak masak, dgn kenduri aqiqah anak sdara suami pd raya ke 2 dan kenduri perkahwinan anak kawan baik K.Nor pd raya ke 3. Hari ni baru nak start main masak2 balik. Dah tengok resipi Ummi ni kat rumah dia, dan minggu lepas lak tengok kat rumah Ika. Nak try gak la dgn daging korban yg ada ni.

Ummi, mintak ijin ek.. nak C&P resipi kat sini ya.. tq

DAGING MASAK KICAP PEDAS by Ummi Kuantan
  • 400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk dan Tumis:-

  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...
# K.Nor guna daging biasa bukannya daging batang pinang, jd K.Nor rebus kejap daging. Lepas tu baru masak bahan lain ikut arahan resipi. Air rebusan tu digunakan balik dlm masakan.

Friday, November 27, 2009

Pulut Kuning & Rendang Tok.. Juadah Di Pagi Raya

Mencuri masa sekejap di pagi raya utk masukkan n3 buat tatapan anakanda yg jauh, yg menyambut raya di perantauan.. Ni la hidangan yg mak sediakan sebagai juadah di pagi raya kali ni. Untuk Along, Selamat Hari Raya Emak, Ayah dan adik2 ucapkan.. Semoga Along sentiasa dlm perlindungan Allah dan bergembira menyambut raya bersama teman2 di perantauan.


Dalam duk mencari resipi nak masak rendang yg akan digandingkan dgn pulut kuning kat rumah Ummi Kuantan, K.Nor terjumpa dgn resipi Rendang Tok by K.Liza ni. Dah Ummi rekomen sgt, K.Nor rasa nak try lak sekali.

Terima kasih buat K.Liza dan Ummi, izinkan Nor letak resipi tu kat sini ya..


RENDANG TOK by K.Liza
Bahan:-
1 kg daging (potong sebesar 3 inci)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa (potong nipis) - ni k.nor tak letak
3 sudu besar gula merah (ummi letak 4 sudu)
3 keping asam keping
Daun kunyit - koyakkan
garam
Bahan Mesin:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis (*ni ummi saja tambah)
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 - 6 batang serai
3 cm lengkuas

Cara Memasak:-
Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping. Masak atas api perlahan dan dikacau hingga pekat sikit dan naik minyak. Masukkan daun kunyit, asam keping, kerisik dan garam. Kacau rata. Masak lagi hingga benar2 naik minhyak dan cukup pekat.(biar kering sikit - ni nasihat pakar ni). Siap untuk disantap bersama pulut kuning

Selamat Hari Raya buat semua!!!!


Ni special mak hidangkan utk Along..
selamat menjamu selera :)

Thursday, November 26, 2009

Ayam Bakar Blackpepper Bermayonis


Malam ni tak nak cakap banyak2, keletihan yg amat nih. Dari pagi non stop rasanya hari ni, berterusan buat kerja. Biasa la kan bila nak raya. Bukannya raya sakan pun, langsir tak bertukar, kuih raya tak pernah buat pun kalau raya haji. Tapi duk masak utk makan2 ler. Start dari breakfast buat burger tengahari panggang ayam dan menu2 sampingan utk lunch. Pastu petangnya lak masak rendang. Bersambung waktu malam masak pulut kuning. ermmm...... cukup memenatkan. Tapi tak per la, bukannya hari2 raya kan.. Kalau tak buat yg berat2 tak best gak kan, nak ziarah famili K.Nor dan PIL takkan nak berlenggang kangkung jer. Alhamdulillah dgn bantuan anak dara yg sememangnya dah banyak membantu, ringan sket kerja2 rutin menjelang raya ni.. Mekasih Kak Teh.. sayang anak mak.. :)

Eh.. panjang gak celoteh ya.. ok2.. berbalik pd n3 malam ni, K.Nor nak show menu lunch K.Nor siang tadi iaitu Ayam Bakar Blackpepper Bermayonis yg dihasilkan oleh Ros Onigiri. Tapi K.Nor mula2 tengok kat rumah Ummi. Dah Ummi rekomen sgt suruh buat ayam ni, K.Nor try la. Saja nak mengetest resipi baru. Ros kata rasa dia ayam ni cam ayamg panggang kat Kenny Rogers tu. Bila dah siap td, anak2 bukan main syok lagi meratah. Ros, Abg Zul kata mmg ada iras2 yg KR! haaa... menjadi la tu Ros.. Memang terror Ros ni mencipta resipi, tahniah ya.. Mintak izin ya Ros, nak C&P resipi kat sini. Tq




AYAM BAKAR BLACKPEPPER BERMAYONIS
by Ros


Bahan-bahanye
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)


Sebelum melabuhkan tirai utk malam ni, K.Nor nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua yg berkunjung. Pada yg menjalani ibadah qurban tu, mudah2an qurban yg dilaksanakan mendapat keberkatan dr Ilahi.

psst!! ampun maaf pd yg telah menyediakan ecard raya yg masih belum K.Nor angkut lagi tu.. tak sempat nak angkut sebelum raya.. lori pikup tak ada yg free, masing2 duk angkut lembu dan kamben qurban.. hehe.. so lepas raya la K.Nor p angkut ya.. insyaallah.. kebizian sgt2 hari ni.. K.Nor akan letak sekali dlm satu N3 kad raya aidil adha yg sebelum ni. TQ semua..

Wednesday, November 25, 2009

Easier Crispy Waffles

Hari ni kita jamu lagi dgn waffles ya adik2 dan kakak2.. ermm ada ke abang2? tak pasti la pulak kalau ada abg2 atau jejaka2 masuk rumah K.Nor ni.. kalau ada ahlan wa sahlan..

Ok2... berbalik pd tayangan hari ni.. sekali lagi K.Nor mencuba resipi waffle dr rumah Cikgi Zana yg disyorkannya tempoh hari. Yang ni baru betul Ayu Singapore ada try, kan Ayu.. hehe.. Kelainan pd waffles ni ada diletakkan yis menggantikan baking powder. Memang easy dan memang crispy. Tapi kena la bakar biar betul2 garing. Makan panas2 mmg syok, sampai anak2 berebut time makan. Mula2nya nak posing dgn eskrim, bila bukan freezer tengok2 eskrim dah yillek.. So kena posing gak dgn jem stoberi. Nak letak peanut butter nak nampak lak, sbb sama2 brown. Tak per la ya..

Tq Zana, kerana rekomen resipi ni. Memang berbaloi membuatnya. Dan tak lupa nak ucap terima kasih buat Lily yg membantu (sentiasa sudi membantu bila K.Nor memerlukan) Bukan apa, kat dlm resipi tu kata nak guna 1 stick butter. Dah tak ingat berapa gram utk 1 stick tu. Tu yg tanya Lily, dia ni tempat rujukan K.Nor sebenarnya.. hehe kombang Mdm LV yo... hihi... Pada sesiapa yg nak mencari converter atau ada masalah nak convert sesuatu sukatan dlm baking/masakan sila ke pautan terpilih kat bawah nun. Ada K.Nor letakkan link utk memudahkan bila timbul keadaan nak convert sesuatu sukatan. Zana, nak kopipes resipi tu kat sini ya... TQ



Credit to Sheryl's site
Easier Crispy Waffles
2 cups flour1-
1/2 tsp instant yeast
1 stick melted butter
2 cups warm milk
2 eggs
2 tsp vanilla extract
1 tbsp sugar
1/2 tsp salt

The night before:
1. Combine and whisk together the dry ingredients in a large bowl: flour, yeast, sugar and salt.
2. Combine the melted butter and milk. Add the mixture to the dry ingredients.
3. Whisk eggs and vanilla together in a separate small bowl. Add the egg-vanilla mixture to the other mixture, and whisk until well-combined.
3. Cover with plastic wrap and stick in the fridge until tomorrow morning.

The next morning:Prepare waffle iron as usual. Stir the batter to deflate it (it should be puffy and frothy). Add to waffle iron the same way you would other batter, keeping in mind that this batter will rise more than batters that use baking powder instead of yeast.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Di kesempatan ni K.Nor sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua pengunjung ke rumah K.Nor ni. Tak kiralah anda sebagai seorang blogger atau pun tidak. Andai sbg seorang blogger, sudi2kan lah gantung kad ni di rumah masing2 sebagai ingatan tulus ikhlas dr K.Nor. Semoga ukhwah di antara kita bertambah erat dan mesra hingga ke akhir hayat. Kalau bukan blogger tu, boleh gak nak amik kad ni. Print dan tampal kat mana yg anda suka ya.. :)

Andai ada salah silap K.Nor sepanjang K.Nor on air ni jutaan ampun dan maaf K.Nor pinta. Yer la kan, kita tak sedar pada tutur kata, gurau senda dan tegur menegur kita setiap hari mungkin ada yg menyentuh perasaan org lain. Sebagai hamba DIA yang hina yg tak boleh lari dr membuat kesilapan, apa yg termampu kita lakukan hanya memohon ampun dan maaf. Seseungguhnya memaafkan seseorang adalah satu perbuatan yg mulia. Lagipun sebesar mana kesalahan hamba pd tuhan penciptaNYA sentiasa diampunkan bila dimohon keampuanan secara ikhlas kecuali dosa mensyirikkanNYA. Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari NYA dan tergolong dlm golongan org yg beruntung di dunia dan di akhirat .... amiin.....

Tuesday, November 24, 2009

Salad Terung Grill

Dah pernah tengok dulu kan menu ni.. Ni la dia Salad Terung Gril. Bagi penggemar terung dan masakan Thai, sgt2 direkomen utk dibuat. Insyaallah sedap! Masakan ni K.Nor ambil dr buku resipi Masakan Thai yg K.Nor beli lama dulu. Salah satu menu febret Cik Abg K.Nor. Kalau ikutkan kehendak resipi dia sarankan kita grill atau rebus dulu terung tu dan siatkan kulit luar terung. K.Nor tak rebus dan tak siat kulit terung pun tp gril aje atas frying pan. Bila kita grill ni lagi sedap sbb terung tu berbau wangi jer. Try la kalau tak caya :)

Ok, K.Nor paste balik resipi tu kat sini ya.. selamat mencuba!


SALAD TERUNG GRIL

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi

Gril atau celur terung hingga lembut. Pd K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

Tips dr pengarang buku: Telur rebus dan udang kering boleh diganti dgn isi ayam rebus yg dicarik2 atau daging.




Udang Goreng Kunyit Simple

Masakan udang goreng yg paling mudah dan paling simple bg K.Nor. K.Nor ikut stail Telur Ikan Goreng Kunyit. Tapi kan, udang ni masak la camna pun mmg sentiasa sedap kan..



Kad Raya Aidiladha


Ni dia kad raya Aidiladha yg pertama utk kali ni, K.Nor terima dr HaSue, mak bidan yg tersohor sekarang ni.. hehe Mekacih ya Sue... Selamat Hari Raya buat Sue sekeluarga dr K.Nor. Salah silap masa berbicara samada secara live maupun atas screen PC K.Nor mohon ampun dan maaf ya..


K.Nor sambung kat sini aje ya, kad2 raya dr teman blogger yang lain.. Thanks buat semua.. Selamat hari raya ...

Kad dari Emi@sakura>emi ...
rmmm sedih tengok rupa lembu tu..





Yang ni dari Abbot dan Noorsha..


Dan yang ni dari Azatie .. ermm... sama lak kad raya kita ya Azatie :)

Monday, November 23, 2009

Sambal Tumis Petai


Pernah tengok? Pernah makan? Rasanya kalau org Ganu atau yg pernah lama duk Ganu mungkin pernah kut. Sbb ni masakan lama org Ganu. Sambal tumis petai. Tak ada petai tak leh panggil dgn nama tu. Kena panggil sambal tumis jer. Kalau dulu2 masa K.Nor masih kat bangku sekolah lagi, org biasanya jual sambal ni dlm plastik kecik2 $1.00 sepaket. Masa dulu $1.00 tu kiranya dah banyak la tuh.. Sekarang ni dah tak nampak mana org jual sambal ni. Dah ditelan zaman la tu kut..

Sa
mbal ni kiranya dlm kategori sambal pencicah. Biasanya kalau di bulan Ramadhan jer yg mudah kita jumpa dijual terutamanya kat pasar2. Memang sebagai pembuka selera kalau makan ni dgn nasi panas2 pastu kena lak gu dia dgn ikan panggang bodo/tawar. Lauk iringan biasanya org tak masak yg berat2 cuma sekadar kuah singgang dah memadai. Pastu ada ulam2an.. perghhh.. syok abis. Kalau di bulan Ramadhan, sambal belacan biasanya laku masa berbuka puasa tp kalau time sahur tu kurang dah nak kan sambal belacan. Tp kalau sambal tumis petai ni dimakan masa sahur, boleh bertambah2 nasi wehhh.. mmg best psst!! tghari td pun k.nor makan siap bertambah tau.. ermm dah lama tak makan nasi tambah2 nih.. :)

pasal apa panggil sambal tumis petai? sbb petai bahan wajib ada dlm tu..
petai padi tu.. kegemaran cik abg k.nor :)


Meh nak share resipi kat sini..


SAMBAL TUMIS PETAI

1 - 2 papan petai ~ ikut suka la nak banyak mana pun ya..
2 biji bawang besar ~ diblend
5 ulas bawang putih ~ diblend
1/2 in halia ~ diblend
2 btg serai ~ diblend
3 sudu besar cili mesin
2 kpg asam keping/gelugur
1/2 cawan santan fresh
garam dan gula
air secukupnya
minyak
secubit belacan ~ optional ya..

Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan cili mesin.
Masak hingga garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga hampir garing dan masukkan 1/2 cawan air.
Biarkan seketika baru la dimasukkan garam dan gula secukupnya.
Masak hingga pecah minyak(garing) pastu masukkan belacan (jika suka).
Masukkan lebih kurang 2 cawan air dan asam keping. Biarkan merenih dgn api sederhana.
Bila dah mendidih lama sket masukkan santan fresh. Lepas dah masukkan santan ni kena la dikacau sentiasa supaya tak hangus.
Masak la hingga sambal hampir pekat dan masukkan petai.
Tak perlu masak lama bila dah dimasukkan petai, nanti petai mengecut dan tak crunchy lagi.
Padamkan api dan boleh la dihidangkan.

#sambal ni kalau dimasak dgn api sederhana boleh tahan lama gak la (tapi kena duk dlm esbok la sbb dia menggunkan santan)
nak lebih lama boleh disimpan dlm freezer, bila nak makan, boleh dipanaskan balik.


ni la lauk k.nor utk hari ni, tak perlu lagi dah lauk lain..
walau pun k.nor masak ayam masak merah
tu utk anak2 jer...

# setelah baca komen2 kat n3, K.Nor nak jelaskan sket mengenai Sambal Tumis Petai ni ya.. ^____^

1. ia sebenarnya dlm kategori sambal pencicah spt sambal belacan dll. Kiranya sebagai penambah selera bila makan nasi.

2. Memang boleh diletakkan ikan bilis tp tu dah bertukar sebagai lauk dan bukan lg sebagai sambal pencicah (tak tau la kut2 ada sesetengah tempat atau sesetengah org jdikan yg letak ikan bilis ni sbg sambal pencicah).

3. Kebiasaanya kalau letak ikan bilis dlm sambal tumis tu dipanggil sambal tumis ikan bilis dan selalunya tak letak santan, kan(setakat yg K.Nor tau dan duk praktik masak selama ni mmg tak pernah letak santan dlm sambal tumis ikan bilis, mungkin ada yg letak gak tu spt kata geraugebang). Tp utk Sambal Tumis Petai ni mmg kena letak santan(tapi petai tak kisah la nak letak atau tidak kan, kalau ada letak kalau tak ada tak letak pun tak per)

4. Bagi yg kata letak udang tu, mmg betul. Memang boleh diletak udang dan jugak petai, dan sambal udang berpetai mmg biasanya org letak santan. Bahan2 dan kaedah memasak sambal udang berpetai pun sama dgn sambal tumis petai. Cuma dimasukkan udang sebagai bahan utama. Jadi pada yg nak buat Sambal Udang Berpetai atau apa saja nama mungkin Sambal Udang Dengan Petai (yer la nama mmg ada macam2 untuk satu2 masakan tp bendanya sama jer kan) boleh guna resipi di atas dan tambah aje udang banyak mana kita suka. Sudah semestinya lebih banyak lebih sedap woo.. hehehe..

Ok.. diharap penjelasan ni tak berbelit dan dpt difahami dgn mudah ya.. susah gak nak explain/mengarang ni tau.. ^____^ (K.Nor tak marah atau kecik hati ya dgn pertanyaan atau komen teman2 sbb dr situ kita semua boleh belajar ttg sesuatu)

Classic Waffles


Resipi waffle ni K.Nor ambil kat rumah Cikgi Zana tp dia lak ambil kat rumah Diana tp rasanya asal resipi ni dr Allrecipes.com. Rasanya pernah nampak Ayu Singapore buat gak dulu waffles ni, kan Ayu kan... ermmm.. panjangnya liku2 perjalanan resipi ni ya.. apa pun thanks to all dan mintak izin nak share resipi tu kat sini.

Allrecipes.com - Classic Waffles
Bahan-bahannya
2 cawang tepung serbaguna
1 sudu teh garam
1sudu teh baking powder
2 sudu besar gula pasir ( ...letak 5 sudu)
2 biji telur
1 ½ cawan susu suam
1/3 cawan mentega, dicairkan
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung, garam, baking powder dan gula. Ketepikan. Panaskan alat membuat waffle kepada suhu yang anda inginkan.
2. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur. Masukkan susu, mentega dan vanilla dan gaul rata. Tuangkan cecair ini kedalam mangkuk yang mengandungi tepung. Pukul rata sehingga bahan-bahan sebati.
3. Sendukkan adunan keatas alat membuat waffle. Masak waffle sehingga ia kekuningan. Hidangkan panas.

Jom breakfast....

Saturday, November 21, 2009

Kek Keju Cheddar

Hari ni tak ada menu lauk pauk sebab puan rumah tak main masak2. Bukannya semua puasa tp K.Nor sekeluarga menghadiri kenduri kawin. Biasa la kan, dah start cuti sekolah ni banyak la lepas ni jemputan kenduri kawin. Esok ada satu dan minggu depan ada lagi satu. Nanti bulan Disember akan ada lagi termasuk kenduri kawin adik ipar K.Nor.. haa... time tu mmg tak leh nak menghapdet mana laa..

Hari ni dapur jer MC tp cik oben tidak pun. Dah petang2 masing2 lapar perut, K.Nor godek la kek butter keju ni. Resipi mmg dah salin gitu2 jer kat kertas pagi2 td tp lupa pulak nak save dlm draf. Bila nak post n3 kek ni, K.Nor ke MyR nak copy resipi tp MyR lak tak leh nak masuk. ermm... Pada sapa2 nak resipi, tunggu la ya. Bila dah boleh masuk MyR K.Nor akan letak resipi tu kat sini. psst!! nama resipi tu pun K.Nor tak pasti betul atau tidak. Kalau salah nanti K.Nor edit balik ya.. Resipi ni kalau tak silap milik Ibumimi MyR, baru jer dipost smlm.

Apa pun kek ni mmg sedap, lemmmmmmmmbut jer. Dengan rasa lemak2 keju nak2 kat atas dia yg kita tabur keju yg diparut. Pastu dgn wangi bau lemon (disebabkan tak ada orange paste, K.Nor ganti dgn lemon paste).. enak sih.. Try laa, insyaallah sedap bg penggemar kek butter atau pun penggemar keju.



updated: MyR dah dapat masuk balik so nak edit sket tajuk. Bukan Kek Butter Keju tp nama betul bagi kek ni adalah Kek Keju Cheddar by Ibumimi MyR. Sori ya puan resipi tersilap letak nama smlm. Dan mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini..


KEK KEJU CHEDDAR by Ibumimi MyR
  • 140g Butter
  • 140g Margarine
  • 180g Gula Kastor
  • 3 Telur Grade A
  • 200g Tepung gandum
  • 30g Tepung Susu
  • 6g Baking Powder
  • 75g Cheddar Cheese – tak letak pun sedap atau letak chopped cooking chocolate
  • 1 st perasa limau ~ tak letak sbb tak ada tp ganti dgn paste lemon
  1. Pukul butter, margarine dan gula sehingga gebu
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang
  3. Masukkan campuran tepung, susu tepung dan baking powder serta perasa limau dan cheddar cheese. (Tinggalkan sedikit untuk ditabur diatas kek tapi, kalau nak buat topping cream, jangan letak sprinkles cheese ni nanti liat)
  4. Masukkan adunan kedalam bekas berukuran 8” dan taburkan parutan cheese dan gula kastor
  5. Panaskan oven selama 15 minit dan bakar adunan pada suhu 180°c selama 40 ke 50minit atau sehingga masak. Jika untuk cupcake, hanya penuhkan 2/3 dan bakar pada suhu 170°c for 20 -25 minit

Friday, November 20, 2009

Telur Ikan Goreng Kunyit

Ni sebenarnya menu ulang tayang. Dulu dah pernah buat dan dah pernah show tp hari ni buat terasa nak show gak sekali lagi. Masakan yg simple tp sedap nak2 dimakan dgn nasi panas2..



TELUR IKAN GORENG KUNYIT

300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong
2 tangkai daun kari
tomato/tomato cherry

Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

Bebola Sotong Masak 3 Rasa


Agak2nya la, kalau K.Nor tak letak title masakan ni org tau tak apa ke benda yg bulat2, yg berkedut2 tu. Sekali tengok cam rupa telur penyu jer kan. Tu la sotong ball @ bebola sotong. Saja nak try sotong ball ni, sedap tak dibuat lauk spt tu. K.Nor guna resipi Udang 3 Rasa dlm n3 terdahulu, kalau tak silap resipi tu milik CMGebu. Cuma udang tu ditukar dgn sotong ball. Hasilnya not bad.. sedap kat anak tekak K.Nor sekeluarga.

Sebenarnya tak cukup bahan tp dah nak buat jugak kena la skip bahan yg tak ada tu iaitu capsicum dan gantikan dgn cili merah jer. Sotong ball tu yg menjadi mengecut spt dlm gambar tu disebabkan K.Nor goreng dulu sekejap. Lepas tu baru dimasukkan ke dalam kuah. Tapi kalau sapa2 yg nak mencuba dan tak nak hasil yg berkedut gitu, boleh aje masukkan terus sotong ball ke dalam kuah tanpa digoreng terlebih dahulu. Terpulang la pada citarasa masing2 ok..

BEBOLA SOTONG 3 RASA (resipi asal Udang 3 Rasa by CMG)

Bahan:-
  • 10 - 15 bj bebola sotong
  • 1/2 biji capsicum merah - potong berbaji
  • 1/2 biji capsicum hijau - potong berbaji
  • 1/2 biji capsicum kuning - potong berbaji
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 cawan sos cili (akak pun guna sos cili thai)
  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar kicap cair
  • garam dan gula (optional)
  • 1/3 cawan air
Cara Memasak:-
  1. Goreng sekejap bebola sotong dlm minyak panas. Goreng2kan hingga bahagian luar keperangan. Angkat dan toskan. tak nak goreng pun tak per, terpulang la..
  2. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak dalam kuali tadi.
  3. Tumis bawang putih,bawang besar dan cili kisar hingga harum.
  4. Masukkan kesemua jenis sos dan gaul rata.
  5. Masukkan semua jenis capsicum dan air. Gaul rata.
  6. Masukkan bebola sotong, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga kuah pekat sikit. Angkat dan hidangkan.

Thursday, November 19, 2009

Thank U

SALAM BUAT SEMUA...



Malam ni ada n3 special sket dr K.Nor. K.Nor nak berkongsi kegembiraan dan rasa terharu dgn semua yg mengunjungi rumah K.Nor yg tak seberapa ni.

Sebenarnya hari ni adalah hari yg cukup menggembirakan K.Nor bila melihat angka hits kat bawah nun dah pun mencecah 100 000. Kalau nak dikirakan, blog ni masih setahun jagung, eh tak sampai pun setahun dan sebenarnya masih belum sampai 8 bulan. K.Nor memulakan hidup sbg seorang blogger pd hari ulangtahun perkahwinan K.Nor bersama suami tersayang yg ke 21 pada 31 Mac 2009 yg lalu. Haa.. betul la tu tak sampai pun 8 bulan usia blog ni. Alahmdulillah.... kini dah pun melebihi 100 000 hits.

Dari itu, K.Nor nak ucapkan jutaaaaaaaaaaan terima kasih buat mereka tak kira lah yg menjadi pengunjung tetap atau tak tetap ke secubitgaramnor67 ni. Juga buat mereka yg menjadi follower atau pun tidak. Yang sentiasa meninggalkan jejak samada di n3 (terutamanya Ain kan..) atau di shoutbox. (tapi pada yg nak timbulkan hura hara di shoutbox maaflah kalau komen anda K.Nor delete.. K.Nor tak minat dgn keadaan sedemikian.. jd sila la ke tempat lain). Juga kepada silent reader K.Nor hargai kehadiran anda. Mcm K.Nor dulu la sebelum jd blogger dan sekarang ni pun, bila berkunjung ke rumah org lain, tak semestinya tinggalkan jejak kan.. namun rumah anda sentiasa K.Nor kunjungi.. insyaallah...

Semoga ukhwah di antara kita semua berkekalan mesra hingga ke akhir hayat walaupun ramai antara kita semua tak pernah bertentang mata lagi kan... Semoga tuhan izinkan utk kita bersua muka secara nyata dan bukan hanya melalui alam siber jer..
Insyaallah....

Cucur Udang Di Musim Hujan ^___^

Terdengar suara TAK sumbang berkata, lamaaaaaaa tak makan jemput udang (kat Ganu ni tu la panggilan bg cucur udang) Si isteri yg mendengar kesian pulak rasa. Pergi ke dapur godek cucur udang. Yer la, hujan2 ni buat perut cepat berdondang sayang. Hari ni hujan turun non stop dr pagi tadi. Alhamdulillah.. hujan rahmat.. Semua ada keberkatan dr Ilahi tu...

Berbalik pd cucur udang, kali ni tak boleh nak buat cam dulu. Letak udang sekor2 atas setiap cucur tu. Sebab saiz udang yg besar sket ni, so K.Nor kena potong2kan aje udang tu dan campak semua dlm adunan. ermm taugeh dan daun sup pun yillek, so K.Nor cantas jer daun kucai kat dlm pasu. Letak bawang dan cili merah yg dipotong dadu. Cukup la tu kan.. Sapa2 nak resipi sila tengok kat n3 terdahulu di sini...

Jom layan cucur udang panas2 lg nih..

Ehh.. ada lagi cucur yg posing.. layan aje la ya..


Jom Makan...........

Daging Masak Kurma



Hari ni K.Nor try satu lagi resipi dr koleksi resipi K.Fida MyR yg terror masak, rajin share dgn org lain kat MyR. Lama tak dengar kisah K.Fida ni. Ada terbaca kat komen2 di MyR yg K.Fida skrg ni sedang menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah. Andainya betul berita ni.. Alhamdulillah.. semoga Allah melimpahkan K.Fida dgn haji yg mabrur.

Berbalik pada resipi Daging Masak Kurma ni, komen K.Nor .. SEDAP. Bahan2nya simple dan proses memasak pun mudah aje. Tengahari td K.Nor makan lauk dgn nasi putih manakala malam ni K.Nor cicah lak dgn roti. Memang enak! Tq buat K.Fida atas resipi yg best ni dan mintak izin ya nak letak resipi ni kat sini.

psst!! utk anak2 kat perantauan terutamanya anakanda K.Nor dan 'Budak Jordan' yg jd hard die fan blog nih (tu ayat dia ya.. hehe..) try la lauk ni.. simple jer. Dan rasanya bahan2 yg diperlukan utk lauk ni boleh didapati kat Jordan kan.. insyaallah..



DAGING MASAK KURMA by K.Fida MyR

  • 1 kilo daging goreng - direbus
  • 5 sb rempah kurma
  • 1 cawan susu sejat
  • secukup air utk merebus daging
  • minyak dan garam
  • 4-7 batang lada hijau *
  • 3 biji tomato *
  • 10 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang kecil *
  • 2-3 tangkai daun ketumbar *
  • 3 hiris halia muda *

  • Kisar bahan2 * hingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan masukkan rempah kurma,gaul rata dan masukkan sedikit air rebusan daging supaya tidak kering.
  • Masukkan daging rebus bersama lebihan air rebusannya dan masak hingga mendidih dan daging empuk. Gaul hingga rata.
  • Masukkan susu dan garam dan masak hingga mendidih sekali lagi.

Siew Pak Choy Dgn Sos Tiram & Sos Lada Hitam

Fuh... Panjangnyerrr nama.. Tak per la kan.. Kebiasaannya org kalau buat sayur ni letak sos tiram jer kan. Kali ni K.Nor nak share dgn semua satu lagi bahan tambahan dlm sosnya tu selain sos tiram, iaitu sos lada hitam (tak tau la org lain pernah buat stail gini atau tidak) Sebenarnya plan asal mmg nak buat yg biasa2 jer tu tp masa duk tuang sos tiram , terfikir apa kata kalau tambah dgn sos lada hitam. Mungkin rasanya lebih sedap kut.. Jadi K.Nor tambah la sedikit sos lada hitam dan alhamdulillah... rasa sayur ni laaaaaaaaagi best. Ada kelainan dr guna sos tiram semata2. Cuba la.. tengok hasil dia camna.. mudah2an kena dengan selera teman2 semua.




SIEW PAK CHOY DGN SOS TIRAM & SOS LADA HITAM

5 atau 6 pokok siew pak choy
5 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang halus
2 sudu sos tiram
2 sudu sos lada hitam
2 - 3 sudu air
1/2 sudu teh gula ~ jika suka
sedikit minyak

  • Celur seketika siew pak choy dlm air panas yg diletakkan sedikit minyak masak.
  • Angkat dan masukkan dlm bekas berisi air sejuk/paip utk menghentikan proses masak sayur tu.
  • Angkat dan toskan. Kemudian letakkan dlm pinggan.
  • Panaskan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Kacau.
  • Masukkan air dan gula (tak perlu diletakkan garam lg kerana dah ada rasa masin dr kedua2 sos td)
  • Goreng sehingga sedikit pekat.
  • Tuangkan sos keatas sayur td.
  • Hidangkan panas2..


Wednesday, November 18, 2009

Ikan Tongkol Goreng Kicap

Hari ni menu yg simple aje. Bagi K.Nor cukup menyelerakan tambah lg bila pekena dgn nasi panas2. Tak payah lauk lain lagi dah, cuma perlu ulam aje. Sedaaaaaaaaap sgt, nak2 bila makan dlm suasana hujan yg berterusan dr pagi hingga ke malam ni.

Bagi penggemar ikan aya@tongkol, try la buat. Memang sedap. Kalau yg dah pernah buat tu, jgn lupa buat la lagi.. hehe

IKAN TONGKOL GORENG KICAP by Makyong MyR
  • >>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
  • >> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram
  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

# kalau nak lagi sedap, rebus dulu ikan tu semalaman. Keesokkan harinya baru la dimasak lauk kicap tu.




Puding Pelangi

Puding Pelangi by Alma MyR.. puding yg mudah dibuat, bahan2 pun senang dan yg paling penting, rasa ya enak...

Mintak izin ya Alma, nak letak resipi kat sini.. tq

PUDING PELANGI by Alma MyR
  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)
#untuk dua adunan K.Nor guna gula sebanyak 200gm sahaja.. tu pun dah cukup manis bg K.Nor. So pada yg lain2 tu ejjas sendiri la banyak mana nak letak gula tu ya..
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....

Tuesday, November 17, 2009

Sizzling Siput Mee

Haaa... dah tukar nama tu.. Sebab apa? Sebabnya tak guna yee mee tp guna siput mee@mee siput.. hehehehe Yer la kan, dah kalau guna yee mee baru la boleh panggil Sizzling Yee Mee kan.. Ni guna mee siput so tukar la kepada Sizzling Siput Mee. Boleh kan.. Ni kes nak perabis stok mee siput pemberian Azie nun di PG. Hari tu dah try buat mee goreng yg pd K.Nor mmg best, tak muak. Kali ni try lak dgn stail sizzling. Apa salahnya kita pelbagaikan cara masak mee tu. Tak la semata2 goreng dlm minyak panas dan makan dgn sambal ikan bilis kan.. Ampun ya Johorian, K.Nor dah ubah stail makan mee siput nih.. :)


Resipi Sizzling Siput Mee asalnya dr Sizzling Yee Mee by Mdm Lilydvalley MyR. Ramai dah cuba kan, dan K.Nor salah sorang penggemar mee sizzling ni. Gitu gak dgn Cik Abg, Naim dan Aisyah (Luqman payah sket bab mee nih, yg dia minat mee kari dan mihun soto).

Lily, mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini, tak payah ler nak ulang alik p MyR ngintai resipi ni kat situ.




SIZZLING YEE MEE/SIPUT MEE by Lilidvalley MyR
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee/mee siput
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis]
  • 1 sudu cili mesin (yg ni k.nor tambah.. biasa la anak tekak melayu kan )
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya (kalau tambah cili mesin, boleh la dimasukkan masa ni, masak hingga cili tu garing sket)
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
# jika guna mee siput :
  • panaskan air hingga mendidih dan celur mee siput
  • jgn terlalu lama, nanti lembik dan toskan
  • rendam kejap dlm air sejuk biasa utk mengelakkan mee td melekat antara satu sama lain
  • toskan
  • hidang dlm pinggan dan curahkan kuah ke atas mee td

Monday, November 16, 2009

Ayam Rendang Goreng

Pantang nampak resipi ayam goreng terutamanya yg jenis berempah ni, mesti masuk list. Selain dr mudah nak buat, anak2 K.Nor mmg suka makan ayam goreng berempah. So kali ni try Ayam Rendang Goreng by Love pulak. Memang enak rasa ayam goreng ni, nak2 bila makan panas2 dgn kerak dia yg rangup tu.

Love, tq atas resipi yg sedap nih & mintak izin nak share resipi tu kat sini..



AYAM RENDANG GORENG by Love2ccok

  • 6-8 ketul ayam ~ dipotong saiz sederhana (love guna bahagian ribs shj)
  • 5 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 1 inci halia ~ dikisar
  • 2 batang serai ~ dikisar
  • 1/2 inci lengkuas ~ dikisar
  • 2-3 sb cili kering kisar/ cili boh
  • 1 pek Pes Rendang Maggi 60gm (boleh guna jenama lain klu ada)
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur ~ dipukul
  • 4 sb tepung goreng serbaguna Kentucky ~ K.Nor guna brand Nona
  • 1 sb tepung beras
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit ~ dipotong besar2 (ramas2 sekali dgn rempah)
  • minyak untuk menggoreng
  1. Bersihkan ayam dan toskan airnya. Pastikan ayam betul2 kering.
  2. Dlm mangkuk yang besar, masukkan ayam dan diikuti dgn semua bahan di atas (ikut turutan) kecuali minyak sambil menggaul. Biarkan perapan selama 1 jam. Lagi lama lagi bes!
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Keluarkan daun limau purut dan daun kunyit dari perapan. Apabila minyak dah panas, masukkan ayam satu persatu dan goreng hingga masak.(K.Nor goreng sekali daun2 ni supaya lebih terasa aroma daun kunyit dn daun limau)
  4. Dah goreng, angkat..toskan minyak dan sedia dihidang!
# rempah rendang tu K.Nor guna rempah rendang serbuk aje, tak guna yg paste rendang maggi

Sup Ayam Dengan Lengkuas

Jom pekena sup ayam dgn lengkuas ni. Resipi diambil kat Myr, Yani yg poskan. Memang sedap kat anak tekak akak sekeluarga terutamanya Naim. Kena pulak hirup kuas sup panas2..ermm enak sih..

Cam biasa ya Yani, nak letak resipi kat sini.. boleh kan.. :)


SUP AYAM DENGAN LENGKUAS by Yani MyR
  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isii ayam, hiris nipis.
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos kan
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan
  • Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
  • Tambahn cili burung, santan, gula dan garam. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.

Sunday, November 15, 2009

Nasi Tomato



Hari ni plan nak buat lauk Daging Kandar KakAsma. Dalam nak tanak nasi putih, terfikir lak nak buat nasi tomato. Dah lama tak buat nasi tomato dan elok gak rasanya daging kandar digandingkan dgn nasi tomato. Terus buka blog dan nak skodeng dapur blogger lain bg mencari resipi nasi tomato.


Hasil skodeng rumah Ummi Kuantan, terjumpa dgn Nasi Tomato by Che De Sam ni. Biasanya kalau K.Nor buat nasi tomato guna resipi Choppy MyR tp kali ni kita tukar selera lak ya. Sedap gak nasi tomato ni, simple jer bahan2 dia dan rasanya pun tak muak.

To Ummi & Che De Sam, halalkan ek nak letak resipi kat sini.. tq



NASI TOMATO by Che De Sam

Bahan:-

5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.

1/2 cawan susu cair

4 biji tomato - cincang

1/2 cawan sos tomato

2 sudu besar marjerin/minyak sapi

5 sudu besar minyak

garam

air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)

daun pandan/daun sup

Bahan Tumis:-

3 ulas bawang putih - hiris

5 ulas bawang merah - hiris

1 inci halia - hiris

3 biji buah pelaga

3 kuntum cengkih

1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Memasak:
Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau.
Masukkan susu cair , tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan beras dan daun pandan.
Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan2.
Hiaslah dgn bawang goreng dan daun sup.

Daging Kandar

Lama tak masak Daging Kandar KakAsma ni.. ermm tuan punya resipi pun dah lama menyepi. Yer la, bukan senang nk mengharungi hari2 menjadi makyung dlm usia 40an.. Sudah pastinya tak secergas masa muda belia dulu, kan KakAsma. Yang pastinya tenaga dah makin berkurangan, mula la cepat penat. Semoga KakAsma diberi kekuatan dlm sepanjang tempoh kehamilan dan selamat bersalin bila tiba waktunya nanti. Semoga bb juga selamat dilahirkan.. amiin...

KakAsma, halalkan ya.. nak letak resipi kat sini..


DAGING KANDAR by KakAsma
  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih (tumbuk/blend)
  • 1 inci halia (tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas (1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  1. daging dibersihkan hiris dan direbus (simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Acar Kobis


Sebenarnya K.Nor nak buat acar timun mentah utk digandingkan dgn nasi tomato td tp bila cari dlm esbok tak ada la pulak stok timun batang. Nak saja2 keluar ke pasar utk beli timun rasanya malessss la pulak. Tengok2 ada kobis yg baru dibeli semalam, terfikir nak buat acar dgn menggunakan kobis. Kat Ganu ni mmg biasa gak la org guna kobis utk wat acar bg menggantikan timun. Tapi mungkin sesetengah org tengok cam pelik jer kan. Tak per, cuba dulu kobis sbg altenatif menggantikan timun, insyaallah sedap terutamanya pada yg suka makan kobis.

Nak buat acar ni pun mudah jer, cam buat acar timun mentah gak. Bahan2 sama jer cuma kobis jer menggantikan timun. Boleh juga dimakan bersama nasi minyak selain dr nasi tomato.

ACAR KOBIS

bahan2:
kobis ~ hiris halus
carrot ~ hiris panjang dan halus
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
2 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ secukup rasa
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan air

Cara2:
Gaulkan kesemua bahan dlm satu bekas hingga rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.


Saturday, November 14, 2009

Mee Goreng

Layan gambo aje la ya.. semua dah licin masuk pewut.. mungkin ada yg dah selamat sampai kat indahwater :D

Tuan rumah bz sket arini, keluar awal pagi g kuliah balik tak balik tengahari lepas shopping barang baking dan barang dapur dgn cik abe. Lepas solat zuhur keluar lg dgn anak2 g lunch kat kedai pastu menuju ke K.Berang utk ziarah ayahanda K.Nor. Malam dapur cuti lagi, tapau jer makanan kat kedai. Alaa... sesekali jer, apa salahnya kan.. Tukang masak pun nak amik cuti gak, dan dapur pun nak MC gak kan.. syian dia tiap2 hari duk guna dia, dr celik mata sampai la nak titun. So arini kita bg rest kat dia hehe..



Menu breakfast pd td, mee goreng. Pekena dgn keropok lekor Bukit Tok Beng dan perahkan limau kasturi.. Pastu air kopi satu mug..... ermmm... layaann..... :)