f Secubit Garam: August 2009

N3 Terkini

Monday, August 31, 2009

Butter Prawn 3

Terasa nak mencuba resipi Butter Prawn yg Mek Siam dah try. Dia amik kat Asian Recipes. Rasanya tetap sedap walau tanpa jurai2 telur.

Butter Prawn

Ingredients

1 lb large prawns
Oil for deep frying
3 tablespoons butter
6 bird’s eye chilies (chopped)
3 sprigs of curry leaves (use only the leaves)
3 cloves garlic (finely chopped)
1/2 teaspoon salt
1 teaspoon sugar

1/2 teaspoon soy sauce
6 tablespoons of grated coconut (dry fried until golden brown) ~ K.Nor tak letak

Leave the prawn heads and shells on but chop off the eyes part. Slit down the back to remove the veins. Pat dry. Heat oil and deep fry the prawns. Drain and set aside.

Melt the butter, add bird’s eye chilies, curry leaves, garlic, salt and fry for 2 minutes or until fragrant. Add prawns, sugar, soy sauce and grated coconut. Cook over high heat for 1-2 minutes, stirring frequently. Serve immediately.


Siakap Stim 3 Rasa

Buat lagi kali ini tp dgn menggunakan ikan siakap.. best!

Patin Stim 3 Rasa by Norzailina Nordin

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum ~ yg ni K.Nor tukar ke sos cili thai sbb sos plum yillek :)
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Caramel Custard Pudding

Resipi asal ambil dr Lydia@Skyblue tp K.Nor copy kat rumah Hana Jepun. Lydia, mintak izin copy & paste kat sini ya..

Ingredients (makes 6):

Caramel:
40g sugar
10ml hot water

Custard:
200ml fresh milk
10g sugar - x ltk sbb mcm dh manis jerk!
(K.Nor tak letak gak)
½ tsp vanilla essence

1 whole egg
2 egg yolks
30g sugar

Methods:
  1. Caramel: Melt sugar in a sauce pan, stir until golden brown. Once it starts bubbling, stir in hot water then remove from heat.
  2. Lightly grease the moulds, then fill each mould with about 1 teaspoon of caramel. Swirl the mould to coat bottom of mould when the caramel is still hot. Set aside for later use.
  3. Custard: Bring together milk and sugar, bring to boil on low heat then stir in vanilla essence. Turn the heat off and set aside for later use.
  4. In a mixing bowl, lightly whisk eggs with sugar. Then pour in milk in stream, whisk rapidly until well blended.
  5. Sift the mixture then fill each mould with mixture, and steam on low heat for 15-20 minutes. If using oven, place moulds in a tray then fill tray with water. Cover moulds with aluminium foil. Bake at preheated oven, 140ºC for 25-30 minutes.
  6. Turn the heat off, let puddings stay in the steamer or oven for further 10 minutes.
  7. Chill before serving.

Tips:

To produce smooth texture custard, the mixture must be sifted to remove bubbles then pour into mould gently.

Saturday, August 29, 2009

Nasi Ayam Penyet... tang mana laa penyet tu ek..

K.Nor dpt resipi ni kat rumah Ijan si adik yung nun jauh di Finland. Dah ramai yg cuba kan, kali ni biar K.Nor lak yg cuba. Sempena meraikan kepulangan buah hati terchenta, K.Nor buat la nasi ayam ni. Lagi pun Naim masih ada lg ni, boleh la dia merasa sama. Kalau sapa2 nak tengok resipi lengkap dr Ijan boleh la tengok kat sini ya.. TQ Ijan, K.Nor nak tepek resipi tu kat sini, boleh kan.. :)

Memang sedap rasa ayam penyet ni, satu kelainan bila makan nasi ayam. Sambal dia pun best tp K.Nor tak ikut 100% la bahan2 dia tu, sbb banyak sgt.

Resipi Nasi Ayam Penyet -resipi dari www.resipi4u.com,

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi-yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.

  • 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • dua biji buah pelaga
  • satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • separuh kiub pati ayam/daging
  • 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Kuih Belimbing & Kuih Tepung Pelita

Ini la kuih utk berbuka petang ni. Sori la ya, tak leh nak bagi resipi bukan kerana kedekut tp sbb semua ni hasil tunjuk2 kat Pasar Minggu Binjai Rendah (kalau tak silap laa ) Sebenarnya K.Nor sekeluarga ke Kuala Berang tengahari tadi. Bawak anak2 ziarah ayah K.Nor pastu g rumah MIL kat Kg Manir. Balik rumah pun dah agak lewat, kelam kelibut ler tukang masak masuk opis. Alhamdulillah sempat gak la buat nasi ayam..

Kuih Belimbing

Kuih Tepung Pelita

Kepulangan Yang Di Rindui

Salam semua..

Seperti yang dijanjikan semalam ni la special N3 dr K.Nor. Sini la tempat yg K.Nor kata nak pergi utk menjemput someone special tu.. kat Airport Kuala Terengganu. Lebatnya hujan masa nak masuk Maghrib semalam buatkan hati K.Nor cukup bimbang. Takut kapal terbang tak dapat nak landing. Tak putus2 mohon doa pada Ilahi supaya hujan reda dan semua berjalan dgn lancar. Akhirnya lebih kurang pukul 8.15pm hujan mula reda.. Alhamdulillah..

Posing dulu sementara org yg ditunggu keluar dr balai ketibaan

Anak dara nan satu, Aisyah..
nak sama tinggi dgn emak dah ni..


Tu dia, dah keluar pun... :)

Alahai rindunya nak memeluk anak ku...
saaaaayang anak mak

Mana lebih tinggi, ayah atau anak hehe..

Ini la dia hero sulong K.Nor..
ermmm..ada nak book utk wat menantu tak? hihihihi.......


Adegan makan kat restoren... masa ni hidangan tak complete lagi..
haaaa... nganga... ermmmm....... sedap :)

time ni la nak manja2 dgn emak, nanti kalau dah ada bini tak leh nak buat lagi dah.. majuk la bini kang hehe

Okey, semua yg di order dah sampai.. jom makan...

Akhirnya setelah sekian lama berpisah keluarga K.Nor bersatu kembali. Walau pun untuk seketika, syukur K.Nor panjatkan pada Ilahi. Hilang rindu yg membara selama ni. Bukan senang nak berpisah jauh dari anak2. Kalau yg dah alaminya pasti tau camna rasa tu. Kalau setakat berpisah tp masih dlm satu negara tak la terasa sangat. Bila2 masa boleh balik dan berkumpul. Ni terpisah antara 2 benua, bukan senang nak balik. Al maklum la, tambang flight bukannya seposen dua, kan. Alhamdulillah setelah 2x berhari raya di perantauan, kali ni dapat la kali ni beraya bersama keluarga. Insyaallah awal bulan Oktober nanti, Along akan kembali ke Jordan untuk meneruskan pengajian yg berbaki 3 tahun lagi..

Friday, August 28, 2009

Puding Tauhu

Hari ni tak ada menu lauk pauk, cuma ada menu dessert. Tukang masak cuti dari masak lauk sbb lepas berbuka dgn dessert dan solat Maghrib nanti nak keluar. Nak g some place pastu nak makan kat luar. Meraikan somebody :) Siapa?? Tunggu... Nantikan N3 seterusnya.. tak pasti la malam ni ke esok ke. Yang pastinya tunggu........................... ^___________________^


Puding Tauhu
  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
  • 1 1/2 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Untuk kuahnya:
  • 1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit cocktai)
  • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
  • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
  • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia
  1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
  2. Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  7. Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan letakkan laici/fruit coktail dan kuah atasnya.

Nekbat Sira

Hari ni K.Nor buat dessert atas permintaan someone special :) Kalau nak tau ni adalah salah satu kuih tradisional Trg. Kat Kelantan pun ada tp versi kaler2. Ada yg kaler merah dan ada yg kaler oren. Tapi kalau yg Trg, tak ada kaler, maintain ori cam warna bahulu tu.

Ni la salah satu dessert kegemaran ke empat2 anak K.Nor. Dari Along sampai la ke Luqman. Kalau buat hari2 pun no problemo. Kuih Nekbat ni pulak tak mcm kuih muih lain boleh atau mudah didapati walaupun bukan bulan Ramadhan. Abis jer Ramadhan, tak nampak la bayang nekbat kat pasar2. Kadang tu tak abis pun lagi Ramadhan dah tak ada org buat jualan dah.

Ni la rupa asal nekbat kering sebelum masuk proses masak dgn air gula. Rupa dia lebih kurang cam bahulu, menggunakan acu kuih cara yg bujur telur sahaja. Tak ada patern lain. Tp rasa nekbat ni sebenarnya tawar jer. Sikit pun tak ada rasa manis. Yang menjadikan dia sedap tu bila kita sira atau masak dgn air gula yg dicampurkan daun pandan hingga nekbat tu kembang. Kecik jer tu kan tp bila dah menyerap air dia kembang 2 - 3 kali ganda.

Bila dah dimasak dgn air gula, kena sejukkan dulu baru la masukkan dlm peti ais. Kena makan sejuk2 baru la best. Ni la kuih yg paling mudah disediakan cuma masak dlm air gula jer dgn kadar gula mengikut kemanisan yg kita sukai.

Utk makluman, K.Nor beli nekbat kering ni kat pasarya, dan bukan K.Nor buat sendiri. Balik rumah baru K.Nor masak dgn air gula.

Roti Jala

Sebenarnya ni menu utk berbuka semalam. Roti Jala yg dibuat utk dimakan bersama Kari Daging Kerisik. K.Nor mencari resipi yg mudah dan simple jer bahan2 dia, tu yg jumpa dgn resipi Ummi Kuantan ni. Ummi buat letak ini sardin kat dalam tp K.Nor main cicah dgn Kari Daging jer. Ummi, mintak izin nak letak resipi Ummi tu kat sini ya..

Roti Jala by Ummi

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning

  • Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

    Thursday, August 27, 2009

    Kari Daging Kerisik

    Resipi Kari Daging Kerisik ni dr K.Fida MyR. Saja nak mencuba kari yg tak letak santan tp guna kerisik. Hasil dia? Sedap tau kat anak tekak K.Nor sbb selama ni pun biasa gak masak kari tak letak santan, cuma tak pernah lg guna kerisik.
    • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk.
    • 2 sb cili kisar
    • 1 biji bawang besar*
    • 4 ulas bawang putih*
    • 1/2 jari halia*
    • 4-5 sb rempah kari daging-dicampur sedikit air dan jadikan pes
    • 1 batang serai - dititik
    • 2 lembar daun kari
    • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga (penumis)
    • 3 biji kentang - dibelah 4
    • 3 biji tomato - dibelah 4
    • 2 batang lada hijau - dibelah 2
    • 1/2 cawan kerisik
    • 1 keping asam gelugur
    • garam secukup rasa
    • minyak masak - untuk menumis
    • 1/2 biji bawang besar - dihiris
    • 2 ulas bawang putih - dihiris
    • air secukupnya utk kuah
    1. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama cili kisar.
    2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bwg besar dan bwg putih yg dihiris juga daun kari hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
    3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam,asam gelugur,kerisik,kacau rata dan masak hingga mendidih.Tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
    4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato.Renihkan lagi 10-15 min.Siap untuk dihidangkan.

    Wednesday, August 26, 2009

    Ayam Masak Merah Bermadu

    Melayan permintaan anak2 terutamanya Naim yg sukakan ayam masak merah bermadu ni. Ni la antara lauk pebret dia.

    Utk Lina ...

    Ayam Masak Merah Bermadu

    1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
    1/2 sudu teh serbuk kunyit
    1/2 sudu teh garam
    2 sudu besar cili mesin
    3 labu bawang besar ~ diblend
    3 ulas bawang putih ~ diblend
    1/2 in halia ~ diblend
    garam
    3 sudu besar madu
    air asam jawa/tomato sos
    1 sudu besar kicap manis
    air secukupnya
    1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
    minyak

    Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
    Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
    Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
    Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
    Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
    Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
    Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
    Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
    Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
    Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..

    Slmt mencuba ya Lina..

    Cecahan Telur Rebus 2

    Buat lagi hari ni lauk yg simple tp sedap ni. Ni pun atas request cik abg. Nak buat camna, jd tukang masak gitu la. Masak apa yg org request nak makan , bila licin dimakan nanti hilang la rasa penat tu kan.. Kalau kita masak ikut anak tekak kita jer tak leh gak, kang tak kena dgn anak tekak org lain tak abis lak. Nanti membazir jer, mula la frust menonggeng. Dengan penat lg, tengok masakan yg tak abis satu hal lagi.. Jadi, jalan yg terbaik, tanya apa yg nak di makan. Pastu masak, insyaallah licin..

    CECAHAN TELUR REBUS ~ Nam-prik Khai Tom

    bahan2:
    2 bj telur rebus
    5 - 6 biji cili padi merah dan hijau
    2 sudu besar udang kering ~ dicincang kasar
    5 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
    2 sudu besar sos ikan
    2 sudu besar air limau nipis
    2 sudu teh gula pasir

    Layur cili api atas frying pan. Carikkan dgn garfu (k.nor hiris2 dgn pisau jer)
    Campurkan kesemua bahan2 lain termasuk cili td.
    Curahkan atas telur rebus dan sedia dihidangkan.

    Air Bandung + Cincau + Biji Selasih

    Jom menyejukkan anak tekak.. tp kalau sapa2 yg tengok n3 ni masa siang hari tak dapat ler nak share.. puasa kan.. sabo2.. hehe

    Spaghetti Goreng

    Yang ni pulak utk layan anak tekak si tukang masak yg tak rasa nak makan nasi. Jadi masak lah spaghetti goreng ni. Main campak2 jer ikut apa bahan yg ada dlm esbok yg boleh dicampak dlmnya.

    Konnyaku Jelly 2

    Buat lagi hari ni, nak bg Naim merasa lak.. Ada yg letak fruit cocktail dan ada yg letak nata d'coco. Ni pun salah satu dessert febret cik abg..

    psst Iza (che'iza), td akak kata tak memuding cuma membubur jer. Ampun ya.. Ni projek tergempar jer.. hehe

    Tuesday, August 25, 2009

    Daging Blackpeper

    Lauk yg sentiasa menjadi pujaan anak2 dan suami. Sementara Naim ada lagi ni, kena la buat lauk ni.

    Daging Black Pepper
    • 500gm daging batang pinang
    • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
    • 1 biji lada benggala hijau
    • 1 biji lada merah
    • 3 sb kicap manis
    • 2 sb sos tiram
    • 1 cawan air
    • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
    • 1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
    • minyak utk menggoreng
    1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
    2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
    3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
    4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
    5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

    ## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

    Telur Dadar Udang

    Satu lagi versi telur dadar. Lagi sedap yg ni berbanding yg pernah K.Nor buat sebelum ni (kat sini). K.Nor ada tengok kat MyR ada yg letak susu cair dalam telur dadar tu. Jadi K.Nor try la kali ni, tapi tak ikut betul2 resipi tu, main letak jer bahan2 yg lain.

    Telur Dadar Udang

    4 bj telur
    isi udang ~ potong kecik
    3 sudu besar susu cair
    1 bj bawang besar ~ potong dadu
    1 bj cili merah ~ potong dadu
    daun kucai/daun saderi/daun bawang ~ dihiris
    garam
    sedikit minyak

    Campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati.
    Panaskan minyak dlm frying pan.
    Tuang adunan telur ke dalam frying pan dan goreng hingga masak.

    Sup Sayur Campur2

    Memang main campur2 dan campak2 jer sup sayur ni. Ada cendawan hitam yg kerinting tu, ada pucuk, suhun, carrot, bunga kobis, putik jagung, kobis panjang disamping isi ayam, lada merah dan bawang besar yg dipotong bulat. Opss lupa satu lagi, ubi kentang. Ni sup kegemaran K.Nor, kalau buat ni mesti suka ratah dulu semangkuk sebelum makan nasi. Tp dah bulan puasa tak leh nak ngap awal2 kan.. Nanti masa sahur la baru ratah, ni dah sendat sgt dgn sup makaroni padahal makan semangkuk jer td cuma air jer yg lebih sket. Panasnyer kat Ganu skrg ni, dahaga sungguh time puasa, malam2 pun dahaga gak.

    Sup Makaroni 2

    Buat lagi arini utk layan anak tekak tukang masak yg masih kurang sihat. Sebenarnya selsema dah baik tp badan ni ha.. cam mat gian jer rasa lalok semacam. Mata nak pejam jer, pantang letak kepala kat bantal terus jer nak belayar. Bila berjalan pun rasa cam tak pijak lantai. Memang mengantuk abis dan letih jer. Kuat betul kesan ubat selsema nih.. ish..

    Bila tak rasa nak makan nasi jso K.Nor buatkan Sup Makaroni ni utk K.Nor. Tp K.Nor ni mana reti nak masak sket2, jd buat seperiuk besar gak la. Bagi jiran sebelah sket pastu ingatkan masih ada banyak la baki boleh wat sahur malam karang. Tup2 yg dlm mangkuk utk posing ni, cik abg dah book utk dia. Tak nak makan nasi gak.. hehe ingatkan K.Nor jer yg dah jatuh cinta dgn sup makaroni ni.. Pastu Naim dan Aisyah pun makan gak semangkuk sorang lepas makan nasi. Naim pun suka sup makaroni ni.


    Mulanya plan pagi tadi nak tumbuk ler sambal cili padi tu sebelum berbuka. Tapi bila makin petang, makin rasa penat. Nak menumbuk pun tak jadi. Tu yg makan dgn sambal tahun Puan Deana gak.. Tak per la, sedap gak makan dgn sambal kicap tu..

    Nak resipi? Tengok kat sini ya...

    Award Dari Liza@Cun09

    Sekian lama dpt award ni, baru malam ni nak gantung kat rumah. Sori la ya Liza, terlupa sokmo nak g amik...

    1. Link the person who tagged you
    2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
    3. Post this in one or all of your blogs
    4. Answer the four questions following these Rules
    5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
    6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR
    (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK)
    at http://bloggistame.blogspot.com and
    leave the URL of your Post in order for you/your Blog
    to be added to the Master List
    7. Have Fun!Questions & Your Answers


    K.Nor dpt award ni dari ~ Liza

    Add rumah Liza ~ http://cun09.blogspot.com/

    Bila ke tag ~ erkkk.. lupa la pulak.. sebelum puasa kan liza.. hehe

    Thanks buat Liza yg sudi bagi award ni buat K.Nor. Kalau nak bg ke 7 orang saja blogger lain tag ni tak cukup rasanya. Sebab ramai sgt blogger2 lain yg hebat2, tak tau nak pilih sapa. Jadi pada sapa2 yg sudi nak terima taq dan award ni dipersilakan ya..

    Monday, August 24, 2009

    Udang Goreng

    Try resipi terbaru by Dayang ni. Pantang sungguh tengok Dayang keluarkan resipi udang, cepat jer nak try.. Saja je la, nak mencuba resipi2 baru dari duk buat resipi yg biasa duk buat sokmo2 kan. Memang sedap udang ni, ratah saja lagi la sedap kan Dayang..

    Dayang, K.Nor nak C&P resipi kat sini ya.. tq

    UDANG GORENG by Dayang

    Bahan-bahan
    • 300 gm udang (dibuang kulit dan dibersihkan)
    • 3 biji bawang merah (dikisar)
    • 2 ulas bawang putih (dikisar)
    • 1/2 inci halia (dikisar)
    • 1 sk lada sulah
    • 2 sb sos lada hitam
    • 1 sudu makan jus lemon/limau nipis/limau kasturi
    • 1 sb sos cili
    • 1 sb kicap pekat
    • garam dan gula secukupnya
    Cara-cara : Perapkan udang bersama bahan2 di atas selama 1 jam. Kemudian digoreng tetapi jangan terlalu lama (lebih kurang 30 saat shj)

    Ayam Goreng Berempah Serai

    Love, K.Nor buat lagi ayam goreng Love ni. Bukan apa, saja nak bg Naim rasa kesedapan ayam goreng Love ni .. hehe K.Nor letak serai lebih supaya lebih banyak kerak yg dpt.. Memang best makan kerak2 nih, Luqman ler yg tukang kutip dlm pinggan tu..

    Ayam Goreng Berempah Serai ~ Love
    • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
    • 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk
    • 7 ulas bawang merah~ ditumbuk
    • 2 inci halia~ ditumbuk
    • 2 batang serai~ ditumbuk
    • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
    • 2 sb serbuk kari daging
    • 1/2 sk serbuk jintan putih
    • 1/2 sk serbuk jintan manis
    • 1/2 sk serbuk ketumbar
    • 1 bj limau nipis ~ perah amik air dia (nak letak lemon pun tak per)
    • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)~ k.nor tak letak
    • garam dan aji secukupnye ~ tok aji pun K.Nor tak main :)
    • 3 tangkai daun kari
    • Minyak utk menggoreng
    1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
    2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
    3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
    4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

    Sayur Pedas Labu Air

    Kita masak lauk ringkas dah la ya arini. Kebiasaannya K.Nor letak isi ikan dlm kuah ni tp disebabkan tubuh rasa tak sihat jer ni dgn air hidung yg duk meleleh jer pastu seharian duk bersin2, malessss lak nak keluar g cari ikan. Jadi K.Nor ganti dgn keropok ikan .. ha.. ada la jugak rasa ikan kat dalam tu kan.. Tak per la, tak ada rotan akar pun berguna.. Bukan Mr. Karam Singh ni tau.. :)

    Kalau nak resipi tengok kat sini.

    Ni la menu berbuka puasa hari ke 3 Ramadhan K.Nor sekeluarga. Tu air kelapa muda yg K.Nor order kat cik abg suruh dia beli kebetulan dia keluar td. Udang dan ayam dr tengahari td dah siap gaul dgn rempah dan simpan dlm esbok. Jadi tak la penat sgt petang ni masuk dapur dlm keadaan badan yg kurang sihat ni. Malam ni pun tarawikh kat rumah jer, tak larat nak ke surau dgn air idung yg meleleh dan duk bersin2 nih..

    Kad Ramadhan dr K.Nor Utk Semua....

    Kali ni kad special dr K.Nor utk SEMUA PENGUNJUNG rumah buruk K.Nor ni. Semua tau, tak ada yg berkecuali. Kalau tak ada blog tu, print dan gantung ler kat mana2 pun, kat dinding ke, kat frenster ke (ermm... lama dah tak hapdet frenster ku)

    K.Nor ambil kesempatan ni, nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua blogger atau bukan blogger yg beragama Islam. Semoga kita dpt menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan sebaik mungkin. Dan juga semoga tahun ini bukan tahun terakhir kita berjumpa dgn bulan Ramadhan yg mulia ni. K.Nor juga nak mintak ampun dan maaf andai tersilap kata dan gurau senda selama K.Nor bersiaran di udara ni. Yang baik2 tu semua dr Allah Taala dan yg tak elok tu dr kelemahan K.Nor jua.. Dan mintak halalkan segala resipi dan ilmu yg dicedok dr teman2 sekelian..

    SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA DAN IBADAT2 LAIN
    Banyakkan membaca Al Quran ya...

    Kepada teman2 lain yg belum sempat K.Nor tinggal pesan utk amik kad ni, sila la amik ya.. Bukan tak ingat pd semua, tp tercapai nak hasrat nak g rumah setiap org.. harap maaf ya.. Sudi2kan la amik, jgn segan2..

    Sunday, August 23, 2009

    Puding Buih

    Selamat berbuka puasa semua.. Dessert utk hari ke2 puasa, Puding Buih. Kali ni saja buat 2 kaler tp bila letak kuah, tak nampak sgt yg kaler pink tu.. Yang atas tu sebenarnya kaler oren, tp dlm gambar cam kuning la pulak.. Tak per la ya..

    Sapa nak makan... jom.. kita menyejukkan anak tekak..

    Puding Buih
    • 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
    • 1.75 liter air
    • 9 sudu besar gula
    • 1 helai daun pandan ~ disimpul
    • 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
    • 1 tin fruit cocktail ~ optional
    • pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
    • UTK KUAH
    • 1 tin susu cair
    • 2 tin air (guna tin susu cair)
    • 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
    • 2 sudu besar tepung kastard
    • 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
    • 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
    • 1/2 sudu kecil garam
    1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
    2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
    3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
    4. UTK MEMBUAT KUAH:
    5. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
    6. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
    7. **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..

    Sayur Lemak Nangka Muda

    Biasanya kalau nak masak nangka muda K.Nor buat stail Gulai Lemak Nangka Muda. Kalau ikutkan namanya tu lebih kurang jer tp penggunaan bahan2 dlm tu yg berbeza. K.Nor nak letak link resipi gulai lemak nangka muda tu tak boleh la sbb MyR dah start demam semula :)

    Resipi kali ni K.Nor buat berpandukan pd resipi Lemak Siput Sedut by CMG. Sedap, dgn aroma daun kunyit. Syok jer bila ratah2 masa sahur td. Masa sahur mmg K.Nor tak makan nasi pun hehe. Che Mat mintak izin ngejas resipi tu dan letak kat sini ya...

    Sayur Lemak Nangka Muda

    1 kpg nangka muda ~ sori ya K.Nor lupa nak timbang sebelum masak :)
    800ml santan ~ sederhana pekat
    5 biji bawang merah *
    3 ulas bawang putih *
    3 bj cili merah *
    1/2 in kunyit hidup *
    sedikit belacan *
    2 keping asam keping
    1 helai daun kunyit ~ siat2kan
    garam dan sedikit gula

    Potong nangka muda dan rebus hingga lembut, toskan.
    Blend bahan2 bertanda * dan masukkan kesemua bahan2 kedalam periuk.
    Masak hingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya santan tak naik kepala.

    ## kalau nak letak udang pun sedap gak, K.Nor lupa nak letak padahal udang ada dlm freezer ...

    Lala Masak Berapi

    Resipi asal Kerang Masak Berapi tp K.Nor tak guna kerang, K.Nor guna lala. Jadi kena la tukar nama dia kan.. Lala Masak Berapi. Resipi asal dr Sweety Kitchen @MyR. Mintak izin tuan resipi nak C&P resipi kat sini ya..


    Lala Masak Berapi
    • 1kg kerang/lala
    • 1cm Halia
    • 4 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah kecil
    • 5 sudu makan sos tiram
    • 10 tangkai cili api
    • 3 helai daun sadri & daun bawang ~ K.Nor tambah daun ketumbar sket
    • sesudu minyak makan
    1. kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.(K.Nor tak rebus dulu sbb bila guna lala terus jer goreng)
    2. tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
    3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
    4. Masukkan kerang/lala, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.

    Along, jgn sedih tau, nanti Along balik mak masak utk lagi utk Along, ok :)

    Ikan Bersos Thai


    Resipi Ikan Bersos Thai ni K.Nor dpt hasil skodeng kat rumah Ummi Kuantan.. Rasanya resipi asal Ummi dpt kat rumah Che Mat Gebu. Ummi, mintak izin kopipes kat sini ya..
    Bahan (resepi asal):-
    1 ekor ikan bawal sederhana besar ~ K.Nor guna ikan talapia
    1 batang serai - dititik
    1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
    1 cm lengkuas - dititik
    1 cm halia - dititik
    3 biji bawang merah - dihiris
    2 helai daun limau purut - dihiris halus
    2 camca besar sos ikan
    1 1/2 camca besar cuka makan
    3 biji cili merah *
    2 ulas bawang putih *
    1 1/2 camca besar gula *
    (bahan bertanda * ditumbuk lumat)
    Cara Memasak:-
    Ikan yang telah dicuci bersih, digaul dengan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga garing. Angkat dan alihkan dalam pinggan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk tadi. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan bunga kantan. Masak sebentar hingga kuah agak pekat dengan api perlahan. Tak perlu masukkan garam dah. Tuang sos tadi atas ikan yang telah digoreng....

    Saturday, August 22, 2009

    Patin Stim 3 Rasa

    Resipi asal adalah Ikan Siakap Stim 3 Rasa dr Chef Norzailina Nordin ni, K.Nor dpt kat rumah Ummi Kuantan. Ampun ya Ummi, Nor geledah dapur masa tuan rumah balik kampung hehe... Dalam duk mencari resipi ikan stim, terjumpa resipi ni. Tanya Cik Abg, nak guna resipi yg mana satu, samada resipi ni atau satu dr resipi ikan kukus kat MyR, dia pilih yg ni. Memang berbaloi la masak resipi ikan stim yg ni, sebab sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap sgt. Kalau ada 5 ibu jari, mmg K.Nor bg 5 thumbs up la. Dah ada 4 jer, kena la bg 4 thumbs up. Memang K.Nor rekomen sgt resipi ni utk di cuba.. Try la ya, walau nampak cam banyak bahan2 atau kerenah, tp mudah jer tu. Main cicang dan hiris pastu tumis jer.. Ikan tu cuma perlu kukus jer dulu.

    Biasanya kita makan ikan 3 rasa yg digoreng kan, kali ni ikan tu kita perlu kukus jer. Ermmmmmm.... yummy sangat! Tq to Ummi dan Norzailina Nordin atas resipi yg mabeles ni..

    Patin Stim 3 Rasa by Norzailina Nordin

    Bahan:-
    • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
    • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
    • 2 camb minyak - untuk menumis
    • garam secukupnya

    Bahan Cincang Halus:-

    • 5 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 cm halia muda
    • 2 biji cili merah

    Bahan Dihiris Halus:-

    • 1/2 kuntum bunga kantan
    • 2 helai daun limau purut
    • 4 - 5 biji cili padi

    Bahan-Bahan Sos:-

    • 2 camb cili kisar
    • 1 camb sos tomato
    • 2 camb sos plum ~ yg ni K.Nor tukar ke sos cili thai sbb sos plum yillek :)
    • 2 camb gula pasir
    • 2 camb sos cili
    • 1 camb jus limau nipis
    • 1 camt kicap manis
    Cara Memasak:-
    1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
    2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
    3. Kukus hinga ikan masak.
    4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
    5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
    6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
    7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
    8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.