f Secubit Garam: June 2009

N3 Terkini

Tuesday, June 30, 2009

Awards lagi.....

Kali dpt award dr Ijah lg, tak leh tak amik, kang merajuk adik siam tu. Tq Ijah atas award ni.. saaaaaaaaaaayang dia.. :)




Daging Masak Jintan

Salam....

Resipi asal Hati Lembu Masak Jintan ni by Yatt, K.Nor amik kat MyR. K.Nor guna daging lembu dan sedikit hati lembu, tu yg jd nama resipi Daging Masak Jintan. Ampun ya Yatt, pandai2 K.Nor tukar nama. Kat rumah ni K.Nor dan Cik Abg jer yg suka makan hati lembu, anak2 tak suka. Sbb tu kalau nak masak lauk daging, K.Nor spare la skit hati lembu kat dalam tu. Sori Yatt, K.Nor C&P resipi kat sini ya, senang utk rujukan akan dtg, bukan apa kang MyR demam lg susah lak. Tambah lg bulan puasa tak lama dah, kebiasaannya MyR jamm sket kalau bulan puasa. Sbb ramai yg nak masuk mencari resipi utk berbuka puasa dan resipi2 kuih raya. Rasanya lepas ni mmg kena C&P resipi2 kat rumah sendiri kan..

Daging Masak Jintan

1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam pun boleh gunakan resepi ini)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan untuk di blender
1 sudu jintan manis dan jintan putih
Sedikit biji ketumbar
sedikit lada hitam
1/2in halia
2 ulas bawang merah
1 sudu besar rempah kurma
1 asam keping
1 kulit kayu manis
1 biji cili hijau
  • Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan.
  • Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan kemudian masukan kulit kayu manis dan bahan dikisar bersama rempah kurma masak hingga naik minyak (garing). Kemudian tambah sedikit air dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3minit. Letak asam keping, cili hijau serta garam dan serbuk perasa. Siap di santap.
  • Peringatan :Hati lembu/ ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.

Ikan Bilis Tumis Sambal Tempoyak

Sedap ni tau makan dgn nasi putih panas2, tak payah lauk lain pun tak per dah. Resipi asal oleh Telukibh @ MyR, sori ya, K.Nor C&P kat sini resipi ni. TQ...


Ikan Bilis Tumis Sambal Tempoyak
  • 1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per)
  • *10-15 biji cili padi
  • *0.5cm kunyit hidup
  • Sebatang serai dititik
  • Sehelai daun kunyit dihiris
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Sedikit garam
  • Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)

  • Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
  • Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili.
  • Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek.
  • Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
  • Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.

Puding Pelangi


Puding Pelangi by Alma MyR ni K.Nor buat utk kenduri tahlil arwah ayah mertua K.Nor baru2 ni. Tak sempat nak posing elok2 dan lupa nak snap gambar lepas potong. Sbb K.Nor potong masa kat rumah PIL, jd tu yg lupa nak snap gambo. Mmg ramai suka dgn puding ni, liciiiinnnnnnn... sib baik dah simpan sket utk MIL, kalau tak, tak sempat dia merasa.

** utk atie :
  • yg corak pelangi tu, kena sengetkan loyang sebelum masukkan adunan. alas la dgn towel ke, buku ke, asal loyang tu tak bergerak.
  • tuang sesenduk adunan dipenjuru loyang.
  • lepas tu letak adunan kaler lain atas skit dr yg pertama, tp jgn meliputi keseluruhan adunan pertama
  • ulang dgn kaler seterusnya. (tuang perlahan2)
  • bila dah letak 1/2 dr loyang, rendahkan skit loyang dan teruskan proses td.
  • buat la sehingga habis adunan tp kena ingat la step kaler yg dibuat

  • utk yg corak belang(lapisan bulat2), masukkan sesenduk adunan ditengah2 loyang
  • lepas tu letak sesenduk adunan kaler lain ditengah2 yg pertama tu (tuang dgn perlahan2)
  • ulang lagi hingga habis adunan
  • mcm td gak, kena ingat step kaler yg diletak
  • kedua2 kaedah melapis ni tak perlu tunggu adunan sejuk
  • terus jer melapis bila dah padamkan api masa memasak adunan tu

My New Toys 2


Baru2 ni dpt kiriman toys dr Laling sorang nih.. Baik sungguh hati budi adik ni, semoga Allah saja yg membalasnya. Tq soooooooooooooooooooooooooo much ya.. Tq daun keladi, lain kali boleh lah tolong belikan lagi yg lain2.. kan.. kan.. :D

Monday, June 29, 2009

Bubur Kacang + Durian

Hari ni masak makan bubur kacang + durian.. Kes tengok kat rumah adik siam td, terus masuk dapur rebus kacang. Dlm peti ais pun ada lg sket durian yg dah diperisi. Thanks Ijah, bg idea nak buat berbuka puasa hari ni.

K.Nor dah siapkan bekas dan sudu utk makan tu.. Pada sapa2 yg berpuasa tu, kita makan sama2 ya.. Jom..

Sausage Rolls


Sesi memanaskan dapur kini bermula kembali setelah 4 hari bercuti rehat. Sejak tengok Noreen meroti kat blog dia, eeeeeiiiiiiiiiii...... geramnyer nak buat. Membuak2, tp disebabkan minggu lepas plan nak puasa, tu yg tertangguh dulu hasrat. Tambah lg dgn kematian FIL, terpaksa amik MC dr memasak.

Ptg smlm K.Nor melaksanakan projek Sausage Rolls by Noreen. Terpikat dgn cara dia membentuk sausage rolls tu. Biasanya org panggil tocang kan, tp kat Ganu ni org panggil jalin. (tocang rambut = jalin rambut).

Yang ditocang tu K.Nor letak cheese kat dalam dia. Dah sosej ada hanya 10 btg sepeket, jd ada lebihan doh lg. K.Nor buat la bentuk bun dan letak dlm papercup. Kat dalam bun tu K.Nor mulanya nak letak inti kacang merah, tp terlupa keluarkan awal2 dr freezer. Cari dlm peti ais, ada kepingan coklat bulat2 sebesar syiling 20sen. Letak aje la dlm tu, bila dah masak, sedapp!!


Tq to Noreen, sedap, lembut dan gebus roti ni, tp sedikit lembik. Jd terpaksa ditambah sedikit demi sedikit tepung. Biasalah, kualiti tepung tak sama antara satu sama lain kan. So kena la pandai ejjas mengejjas.

Sausage Rolls

300gm tepung roti ~ kalau lembik kena tambah skit2
5gm (1 1/2 sudu teh) yis kering ~ k.nor guna mauripan
10gm gula castor ~ k.nor letak 20gm :)
30gm butter
220gm campuran 1 bj telur dan air utk menyukupkan sukatan

egg wash:
1bj telur + 2sudu air ~ k.nor guna fresh milk aje
12 btg sosej
slice cheese ~ optional
bijan ~ optional
minyak zaitun utk disapu atas roti selepas dibakar ~ k.nor guna butter jer

  • Masukkan semua bahan dlm breadmaker dan setkan utk doh dan on kan.
  • Setelah cukup tempoh menguli, keluarkan dan tumbuk2 utk mengeluarkan angin dlm doh.
  • Bahagikan doh pd 12 biji dan bulat2kan. Biarkan doh rehat lebihkurang 10 min.
  • Ambil sebiji doh dan canaikan dlm bentuk oval. Letakkan sebtg sosej diatasnya.
  • Potong bahagian tepi doh, terpulanglah nak potong 5 atau 6. (k.nor potong 6)
  • Kalau nak letak slice cheese, boleh la letak sebelum ditocangkan doh td. (cheese tu k.nor potong kpd 3)
  • Tocangkan doh pd sosej dan kemaskan bahagian hujung supaya tidak terbuka nanti.
  • Susun atas loyang yg telah digriskan. (k.nor tabur gandum jer)
  • Buat hingga habis dan biarkan naik lebih kurang 45 min - 1 jam.
  • Tutup doh dgn towel lembab utk mengekalkan kelembapan doh supaya tidak kekeringan.
  • Sapu dgn eggwash/fresh milk dan tabur bijan. Kalau tak sapu fresh milk nanti bijan tak melekat.
  • Bakar dlm oven dgn suhu 200C selama 8 min dan turunkan kpd 190C dan bakar lg selama 5 min. (k.nor bakar dgn suhu 200c selama 10 min) Atau bakar sehingga masak dan keperangan.
  • Keluarkan dr oven dan sapu dgn minyak zaitun/butter.

Utk melihat kaedah membuat roti ni dgn lebih detail sila ke rumah Noreen ya.. Tq Noreen..

Sunday, June 28, 2009

Awards dr Masz dan HaSue

Salam semua..

huhu... rindunya nak kembali bersiaran.. Setelah semua settle, dgn kenduri tahlil 3 malam berturut, akhirnya dpt gak kembali meronda dan menjenguk rumah2 teman2 blogger. Alhamdulillah, semua yg berkaitan dgn upacara pengkebumian sehingga lah ke kenduri tahlil telah berlangsung dgn lancar, dgn limpah keberkatan dr Ilahi.

Selepas bercuti rehat seketika, K.Nor mulakan siaran dgn tayangan award dr Laling Mek Kajang dan jugak HaSue yg baru celebrate birthday dia baru2 ni. TQ to both of U, award ni sangat cun dan sangat bermakna buat K.Nor.. tqsm!!

Eh.. ada sowang lg la.. adik siam, Ika@Ijah. Walau dia tak letak nama penerima, rasanya kalau K.Nor tak amik, gerenti majuk ler mek siam tu.. Okey Ijah.. tq2, akak amik ni, sbb dlm list tu banyak yg melibatkan K.Nor ^____________^



Rasanya ada rules yg perlu dibuat bila menerima awards ni kan.. ok layan...

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

Si pemberi award ni adalah Masz, HaSue dan Ijah Comel

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

Rasanya dah ramai yg dianugerahkan award ni kan, tak tau nak sebut satu2 nama.. Jadi, K.Nor nak bg pd sapa2 sj yg selalu jenguk rumah K.Nor. Sudi2kan la amik ya dan gantung kat rumah masing2. Kalau dah ada pun, nak amik sekali lg pun tak per.. dipersilakan :)

Thursday, June 25, 2009

Al Fatihah...


Hari ni tanggal 2 Rejab 1430 bersamaan 25 Jun 2009, pd pukul 3.30pg bertempat di Wad 7ef, Hospital Nur Zahirah, ayah mertua K.Nor telah menghembuskan nafasnya yg terakhir. Sememangnya arwah sudah teramat uzur tambah lg kebelakangan ini dia dah tak makan apa2 dan air yg disuapkan ke mulutnya pun dah meleleh keluar. Jenazah tiba di rumah arwah setelah org selesaikan azan Subuh. Proses memandikan dan mengkafankan jenazah selesai pd pukul 11pg dan terus disembahyangkan diruang tamu rumah. Semua adik2 beradik suami K.Nor ada bersama2 begitu jugak cucu2 dan cicit2 arwah, kecuali anak K.Nor yg sulung yg berada jauh di Jordan ketika ini. Kesian dia, nak bersama2 dgn arwah utk kali terakhir tp tak terlaksana hajat tu. Banyakkan bersabar ya Along..Naim pulak tiba dr Kota Bharu pd pukul 11 lebih, tak sempat nak solat jenazah tp sempat menatap dan mencium muka arwah utk kali terakhir. Alahmdulillah, semuanya dipermudahkan dan jenazah telah dikebumikan di perkuburan, bersebelahan dgn anak arwah yg sulong (abg hb K.Nor) dan berdekatan dgn ahli keluarga arwah.

Sayu sungguh ketika K.Nor melakukan penyiraman mandian terakhir arwah begitu juga saat mengucup arwah. Mana tak sebak kan, dah 21 tahun lebih dia menjadi ayah mertua K.Nor..... Tak leh laa nak cakap panjang2 hal ni.. :(

Di kesempatan ini, K.Nor dan suami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan takziah dan doa2 yg diucapkan. Samada melalui sms, telefon atau meninggalkan komen kat shoutbox. Mudah2an tuhan makbulkan semua doa2 tersebut.. amiinn..

Wednesday, June 24, 2009

Mee Bandung Tak Cukup Bahan

Ni la menu berbuka utk hari ni.. Mee Bandung Simple Mak Yung Jepun. Biasanya K.Nor kalau wat mee bandung, selalu guna resipi Dagang MyR. Kali ni nak try yg Ina lak.. ermm pasal apa tajuk n3 tu tak cukup bahan? Memang tak cukup bahan, tauhu tarak.. maleh ler nak p pasar setakat nak cari tauhu jer.. Masak jer la dgn apa yg ada, kan.. Janji udang dan daging ada, ok dah tu. K.Nor pun tambah dgn sotong ball gak tu.. Ok Ina, jom makan.. aduss terlupa nak ajak sorang lg adik siam.. jom ika, kita makan sekali ya..

Puding Kastard Jagung

Resipi asal tuan dia bg Custard Puding, tp memandai jer K.Nor tukar nama jd Puding Kastard Jagung. Bukan apa, sbb Lia tak sebut jagung kat nama tu, sedangkan ada letak jagung. Sori ya Lia.. ampun.. pandai2 jer tukar nama. Tp kredit nak bg kat Lia gak, sbb sedap tau puding ni. Tengok kat rumah Lia smlm, dia buat puding ni menggunakan jagung fresh. Kebetulan kat dapur ada lg stok jagung yg belum direbus, tu yg berdesup jer g buat puding ni. Dah tak tunggu Lia jawab berapa sukatan air yg digunakan, K.Nor buat jugak la, pandai2 sendiri mengejjas. Lia guna sukatan mug, tp mug ni banyak saiz kan. K.Nor try aje la guna mug kat rumah ni, tp dah K.Nor sukat. Senang lain kali bila2 nak buat lg, sbb anak2 suka puding jagung ni. Dia org lebih suka puding jagung yg lembik2, tak spt biasa yg boleh dipotong tu. Just scoop direct dlm bekas.

Puding Kastard Jagung

3 bj jagung fresh
600ml air
300ml santan fresh
1 bj telur
4 sudu besar tepung kastard
7 sudu besar gula ~ mengikut kemanisan sendiri ya..
1/2 sudu teh garam

Blend hingga halus isi jagung bersama sebahagian air.
Campurkan kesemua bahan2 dan masak hingga pekat dan berkilat
Hendaklah sentiasa mengacau adunan ni supaya tidak hangus dan bergentel.

* yang K.Nor buat ni bentuk puding tu lembik2 skit ya..

Outlook puding ni tak berapa cun, sbb kes terleka duk ngadap PC. Mula2 tu dah letak semua bahan2 atas dapur, tp tak konfiden, g smula rumah Lia nak tengok sukatan air yg dia guna. Alih2 ralit la pulak duk ngendap rumah org lain, tak teringat yg K.Nor dah bukak api masa letak periuk tu. Bila berbau ajer kat dapur, baru la sedar, bahagian bawah puding tu dah mula hangus. Cepat2 curah dlm periuk lain. Lepas tu letak balik atas dapur. Bila tengok kaler dia cam suram jer, K.Nor nak masukkan sedikit pewarna kuning, tp tak perasan g amik pewarna oren. Bila dah masukkan baru sedar tu warna oren. Adehhhh dah la ada kesan2 hitam campur lak warna oren.. cam buruk sket kaler dia kan.. tak per la, janji rasa dia sedap. Lain kali insyaallah nak wat lagi.. hehe tak leh lalai dah kali ni.. TQ Lia, atas resipi yg mabeles ni..

Air Nenas

Jom minum air nenas utk berbuka hari ni..

Air Nenas

sebiji nenas ~ dipotong kiub kecik2
1 1/2 cawan gula
1.5 liter air
3 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning

Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan masaklah hingga mendidih.
Masukkan pewarna dan masak lg hingga sedikit pekat hingga menjadi air gula.
Biarkan sejuk.
Bila nak minum, masukkan sebahagian air gula nenas dan juga nenas ke dalam jug.
Masukkan air masak dan ais.
Rasalah kemanisan air ni mengikut selera masing2.
Siap!

Air gula nenas dan nenas yg balance tu boleh disimpan dlm peti ais dan dibancuh semula bila nak minum

Jeruk Kundang

Jeruk Kundang a.k.a buah stor kalau org Ganu panggil. Asalnya akak yg menyapu/membersihkan sekitar bangunan perumahan ni yg offer buah kundang ni. K.Nor mmg tak makan buah masam2, tp org dah offer kita amik jer la.. Boleh gak buat jeruk utk Aisyah dan Cik Abg. Dia bg pd hari Sabtu baru2 ni, dan nak buat jeruk ni mmg amik masa skit, start dr membelah buah utk membuang biji dia yg berwarna purple/kundang tu, hingga lah ke siap menjadi jeruk. Tak payah nak mintak la ya.. dah finish pun, siap bg2 kat jiran2 kat sini. Kalau nak, kena wat sendiri, kat bawah nanti K.Nor ajar step by step nak buat jeruk ni. Itu pun kalau ada yg nak buat. Kaedah buat jeruk ni sama gak kalau nak buat jeruk mangga atau pauh.
Jeruk Kundang

buah kundang
garam kasar
------- # -------
3 sudu besar cili mesin
nisan/gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu garam halus
2 sudu kicap manis
sedikit belacan ~ optional
3 cawan air

  • Belah buah kundang dan buang biji kaler purple dlm tu.
  • Basuh bersih buah kundang. Masukkan ke dalam besen dan isikan air menutupi keseluruhan buah.
  • Masukkan segenggam garam kasar dan kacau sebati. Rendam semalaman. (proses ni utk menghilangkan rasa masam buah)
  • Esoknya buang air td dan bilas lg. Ulang sekali lg proses merendam dan masukkan segenggam garam kasar lg.
  • Rendam semalaman lg. Dalam masa tu hendaklah dikacau/gaul sesekali buah tu.
  • Keesokkannya, toskan buah kundang. Kebiasaannya kulit buah kundang akan berubah kekuningan bila dah cukup tempoh merendam dgn air garam ni.
  • Masukkan kesemua bahan2 utk membuah kuah jeruk dan masaklah dgn api sederhana sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  • Tak perlu masukkan air asam jawa, sbb nanti air buah kundang yg masih ada rasa masam2 tu akan turun gak dlm kuah tu.
  • Biarkan kuah sejuk sedikit dan curahkan ke atas buah kundang dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam bekas plastik atau botol kaca.
  • Simpan dlm peti ais semalaman utk mendapatkan rasa yg lebih sedap.
  • Sedap tau makan jeruk kundang ni dgn keropok keping/ikan..

Award Lagi Ya.......

Kali ni award dr Ina@Hana@Mak Yung Jepun nun..errmmmm........ yer ke blog K.Nor lovely? Kalau ya, mekacih ya... apa la sgt blog K.Nor ni nak dibandingkan dgn blog2 org lain yg lagiiiiii cun dan dah lama bertapak kat alam maya.. Apa pun mekacih sekali lg kerana sudi hadiahkan award ni utk K.Nor, cun gak tu award tu.. sweet jer dgn pink roses tu..

Tuesday, June 23, 2009

Daging Merah 3 Rasa

Menu hari ni, daging merah tiga rasa resipi asal oleh Footscray MyR. Komen?? Sedaaaaaaap, dgn rasa tomyam, masam2 dan pedas.. Tp K.Nor edit skit kaedah memasak, K.Nor rebus dulu daging tu, supaya cepat empuk dan tambah sedikit lg paste tomyam utk lg kick rasa dia..
ermm kena letak la resipi kat sini, kalau myr demam lg senang skit nak jdkan panduan..

Daging Merah Tiga Rasa resipi asal oleh footscray

1/2kg daging dipotong kiub ~ K.Nor potong nipis lawan urat
3 btg serai ~ diblend halus
1/2 in lengkuas ~ diblend halus
2 helai daun limau purut ~ diracik halus
2 sudu besar tomyam paste yg pedas ~ k.nor guna 2 pack maggi tomyam paste
1 sudu besar gula
garam

minyak
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji cili merah ~ dipotong serong
1 biji cili hijau ~ dipotong serong

Rebus daging yg dah dipotong hingga empuk. Simpan air rebusan daging.
Panaskan minyak dan tumis paste tomyam hingga wangi dan masukkan bahan yg diblend.
Kacau goreng hingga sehingga pecah minyak dan masukkan daging berserta air rebusan dan daun limau purut.
Masukkan garam dan gula.
Masaklah hingga hampir kering dan masukkan cili2 dan bawang besar yg dah dipotong.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.. sedap!!

# kalau paste tomyam yg digunakan tidak pedas, tambahkan cili padi masa blend serai dan lengkuas.

Award Dari Cun09


Tq Liza atas award yg diberikan ni.. cantik.. Dah Liza kata tak payah jawab tag pun tak per, so K.Nor tak jawab la ya.. mekacih kerana memahami.. :)

Bulan Rejab Datang Lagi

Salam semua..


Hadis Rasulullah s.a.w yg diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bermaksud:
"Rejab adalah bulan ALLAH, Syaaban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku"

Esok tanggal 1 Rejab 1430H.. Alahmdulillah, dgn limpah kurnia dan rahmatNYA, kita dipanjangkan umur untuk bersua lg dgn bulan ALLAH. Mudah2an kita juga dipanjangkan umur utk bertemu juga dgn bulan yg penuh berkat, bulan Ramadhan 1430H. Bersempena dgn kedatangan bulan Rejab ni, jom kita ramai2 berpuasa sunat pd 1 Rejab (Rabu) dan teruskan dgn satu lg pada hari Khamis.

Marilah kita bersama2 melakukan ibadat puasa dan ibadat2 lain tanpa memikirkan atau menghitung berapa hari kita berpuasa di bulan ini, kita dpt sekian2.. berpuasa pd tarikh ini, kita dpt sekian2.. Adalah lebih baik kita melakukan ibadat dgn seikhlas hati dan bila dah buat tu , jgn la pula kita berasa riak dan sombong.
  • Kemulian Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dgn malam Nisfunya dan Ramadhan dgn Lailatul Qadarnya..
  • Rejab bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman dan Ramadhan bulan menuai hasil..
  • Rejab menyucikan badannya, Syaaban menyucikan hatinya dan Ramadhan menyucikan rohnya..
Beramallah kita mengikut kadar kemampuan kita masing2... Selamat berpuasa dan melakukan ibadat sebaik dan sebanyak mungkin. Mudah2an segala yg kita lakukan diterima Allah dan mendapat ganjaran untuk dijadikan bekalan kita di akhirat kelak.. amiin....

Monday, June 22, 2009

Eskrim... Sapo Nak Makan Eskrim.. Jom.....

Salam... N3 terakhir utk hari ni..

Tau tak apa perisa eskrim ni, bukan stoberi ya. Cuba tengok kaler dia yg cun melecun tu.. tak campur pewarna sedikit pun. Original colour tu tau. Ni atas permintaan Luqman yg dah jd peminat dragon fruit atau buah naga. Hari tu pernah dia mintak K.Nor buatkan eskrim dgn buah naga, jd ni la hasilnya. Alhamdulillah.. menjadi dan sedap lak tu.. angkat bakul nih.. hehe

K.Nor mengolah eskrim buah naga ni dr resipi eskrim CMGebu, iaitu Ais Krim Kacang Merah. Memang K.Nor suka dgn resipi ni dan selalu mengolah dgn menggunakan bahan lain spt durian dan jagung. Bahan2nya senang dan menjadi lak tu bila dibuat. Che Mat, mintak izin nak copy resipi eskrim tu kat sini ya..

Aiskrim Buah Naga/Dragon Fruit

270gm tepung krimer ( spt. coffemate)
500ml fresh milk
120gm gula castor
300gm buah naga

  1. Blend buah naga bersama sebahagian fresh milk.
  2. Campurkan kesemua bahan dgn balloon wisk hingga sebati.
  3. Sejukkan dlm freezer hingga 3/4 beku.
  4. Keluarkan dan pukul dgn mixer dgn kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu lebih kurang 10 ~ 15 minit.
  5. Masukkan dlm bekas dan simpan dlm freezer sekali lg sehingga aiskrim beku.
  6. Bila dah beku boleh la dihidangkan.
  7. Selamat mencuba.
* untuk mendapatkan hasil aiskrim yg betul2 halus dan cantik serta gebu, boleh la diulang sekali lg proses no 3 dan 4
* kalau ada icecream maker, boleh la ikut step cam arahan icecream maker tu.
  • biarkan icecream maker tu bermalam dlm freezer selama 24jam
  • keluarkan dan masukkan sebahagian jer dr adunan aiskrim (lebih kurang 1/2 bekas icecream maker tu.. sbb nanti adunan akan naik )
  • disebabkan adunan ni banyak kena la repeat lg proses mengadun dgn iceream maker, sbb kapasiti icecream maker ni kecik jer kan..

Kek Pisang Pemberian Adik Tersayang

Hehehe... nak tayang pemberian adik siam nun.. Dengan besar hatinya K.Nor ambil kek pisang yg ditujukan khas buat K.Nor utk berbuka puasa. Ijah.. kalau dpt makan yg real lg syok kan.. tq2 mmmmuuuuuuah!!

Jelly Kelapa 2

Seperti yg dijanjikan minggu lepas, ni K.Nor letak n3 resipi Jelly Kelapa yg dah diulangkali cuba untuk menghasilkan jelly yg mengikut piawan anak2 dan cik abg hehe.. selagi tak dpt spt yg selalu dimakan, selagi tu la si emak kena ngejas. Tak per la si emak tu ada vit R lebih sket, demi anak2 dan suami tersayang kan.. Yang menjadi masalahnya nak dptkan bekalan kelapa muda. Mula2 buat hari tu, K.Nor beli kelapa muda kat pasar tani masa hari Khamis. Bila nak try buat sekali lagi dan g ke pasar tani yg hari Sabtu, org tak jual pulak kelapa muda hari tu. Smlm mintak cik abg g cari kat tepi jalan kat tempat selalu org jual air kelapa muda. Akhirnya dpt la jugak, walau harga berganda dr yg dijual di pasar tani. Dah la gitu, isi kelapa tu, ya rabbi, ciput jer. Dari 3 bj kelapa muda yg dibeli, tak sampai 1 cawan pun isi kelapa muda tu.. Yang banyaknya air jer. Tak per la, demi menunaikan janji yg dah dibuat, K.Nor buat jugak jelly kelapa muda ni.

Alhamlulillah, tok2 hakim kat rumah ni dah capai kata setuju, jelly kelapa yg K.Nor buat kali ni menepati piawaian dia org. Jelly kelapa ni jenis lembik ya, bila nak makan, kena scoop dr bekas dia. Kalau jenis agar kelapa baru la ada shape dan boleh diletak dlm piring atau dipotong.

Jelly Kelapa

1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Sunday, June 21, 2009

Udang Masak Lemak Cili Api + Cendawan Tiram

Untuk menghabiskan stok udang yg tinggal lg sedikit, K.Nor buat Udang Masak Lemak Cili Api bersama Cendawan Tiram ni. Kena ada menu tambahan, spt ikan goreng, sambal belacan dan ulam2an dan yg wajibnya nasi panas2, kan.. Sedap..



Sirap Ros Kasturi

Pantang ada resipi jus atau minuman yg mudah kat MyR, terus jer rasa nak godek. Tengok pulak bahan2 simple dan semua ada kat dapur.Tambah lg musim panas2 ni kan. Resipi by K.Fida MyR. Simple jer, buat air sirap cam biasa dan perah limau kasturi, letak ais.. siap! Jom minum...

Cuppies Untuk Aisyah

Dah seminggu berlalu, baru nak raikan besday puteri nan satu yg ke 13 ni. Kesian dia, masa harijadinya pd 12 Jun tu, si emak duk sibuk dgn projek wedding cake Izah. Dah cakap awal2 kat dia, akan buat gak something utk dia raikan bersama kawan2 dia kat sekolah, tp bukan pd hari tu la. Nak buat cuppies ni pd hari sekolah, tak best pulak sbb dia biasanya balik sekolah dah petang2 hari. So dia kata ok jer bila K.Nor ajak buat hari Sabtu, boleh la dia bawak ke sekolah pd pg hari Ahad.

Mula2nya plan nak buat sebiji kek tp dia kata susah nak bahagi2kan kat kawan2, so K.Nor buat la cuppies ni. Senang skit kan, bg jer sebiji tiap sorang. Semuanya dia yg pilih, dr cupcake coklat, ke warna2 yg digunakan utk menghias buttercream. Cuma design jer si amatur ni yg reka2. Mula2 buat lakaran love tu, dgn tangan yg terketar2, terhasil la love dgn pelbagai rupa.. senget benget hehe.. almaklum ler org yg terrrrrrramat terror mendeco :) .. Cik Abg komplen, tak sharp line tu.. yer la tangan tak biasa main kan, lain la dgn tangan dia yg mmg terror bab design .. Mula2 tu dah frust tengok love yg semacam jer, pastu dtg idea letak rossette kuning sekuntum dan hias dgn daun2 di tepi bunga tu.. wallaaa cantik la pulak.. cantik kat mata K.Nor laa.. kalau sendiri tak puji sapooo lg nak puji kan.. heheh.. bila dah ada bunga dan daun2 tu, baru la cik abg kata cantik.. ermm ... baru nak puji ya...

Ini la hasil keras tangan org yg tak biasa main BC nih.. jadi la ya Kak Teh.. setakat tu jer mak boleh buat.. kena banyak kali praktik lagi baru boleh buat yg lebih cantik. Rasanya dia dah cukup kembang tu bila bg kat kawan2 dia, yer la hasil tangan emak sendiri kan.. ermmmmm.. maszzzzzz mana cuppies utk menantu? ish3 mertua ni.. duk tunggu la yg dia, last2 emak sendiri yg kena buat. Tak leh harap mertua nih. Duk terima order org lain jer ya, order dr menantu tak nak layan ya... :P

Saturday, June 20, 2009

Udang Goreng Berempah

Tengok gambar dah la ek.. tak tau nak pot pet apa hari ni. Perut dah la sendat dgn lunch hari ni yg sedap ni.. mata pun dah start kuyu... Bantal pun dah memanggil kut hehe.. Udang Goreng Berempah ni resipi by Dayang Jack, yg selalu jer keluarkan resipi2 baru.. TQ Dayang, mmg best lauk ni. Tp K.Nor guna udang biasa jer Dayang, tak ada udang galah la.. Udang kalau masak macamana sekali pun mmg sedap kan, kalau boleh meratah laaaaaaagi syok :)

Ayam Goreng Spicy

Tak tau nak wat apa utk breakfast. Nugget ayam ada, tp tak rasa lak nak makan nugget. Selongkar freezer, ada lak lebihan ayam yg dah dipotong. Yang banyaknya chicken wing. Bukan la sengaja beli CW sj bila ke pasar, tp bila beli seekor ayam, part yg lain dah digunakan dlm masakan, tp CW selalunya disimpan balik dlm peti ais. Tak tau kenapa, bukan sj2 nak wat collection ya...

Jenguk resipi kat MyR, terjumpa resipi ni yg mmg dulunya pernah terfikir nak cuba buat. Tengok bahan2 semua ada kat gobok, terus aje godek Ayam Goreng Spicy by Cahayer ni. Mmg terasa hot & spicy ayam ni, sedap gak tau. Di antara beberapa resipi ayam stail KFC yg dah pernah K.Nor cuba, ni yg paling sedap kat anak tekak K.Nor dan anak2. Jom kita menghijaukan mata dgn breakfast pagi ni... :)

Friday, June 19, 2009

Mari.. mari.. Kita Makan Jelly Kelapa..

Lamaaaa sgt terperam hasrat nak buat jelly kelapa disebabkan tak berjumpa dgn kelapa muda. Mana nak jumpa kalau mencari secara tak bersungguh2 kan.. Anak2 dan cik abg suka sungguh dgn jelly kelapa ni, tu yg nak try gak buat.

Resipi ni asalnya dr Fiza MyR, nun di Penang, tq2.. Tp K.Nor dah edit skit Pija ya, sbb kalau ikut sukatan asal air tu, jelly tu tak berbentuk jelly, tp dlm bentuk agar2 kelapa. Anak2 ni lebih suka yg lembik2 cam bentuk jelly, so K.Nor kena masak semula dan tambah lg air sehingga dpt mencapai kelulusan dr anak2. Ampun ya Pija.. :)

resipi akan di hapdet sehari dua lg, sbb K.Nor masih dlm proses utk membuat sekali lg jelly kelapa ni supaya mendapat hasil yg betul2 perfect. Yang kat atas ni dah diedit, tp masih tak selembut cam yg anak2 suka.. tungguuuuu......... :)

Siakap Goreng Bercili & Mangga

Resipi Siakap Goreng Bercili & Mangga ni dikidnap dr rumah Hazila. Tq ya Hazila, sedap tau makan dgn nasi panas2. Tapi mintak ampun dan maaf K.Nor tambah sket dgn sos ikan kasi lg umph rasa dia.. :)

Butter Prawn 2

N3 ni sepatutnya dipostkan semalam lg, tp dek tenet lembab, terkedek2, tak leh nak donlod gambar tu yg terpaksa masukkan pg ni.. Yg lepas smlm cuma sirap bandung berlaici jer.. So........... tak yah ngendeng2 ya, dah finish :)

Pagi smlm ke K.Berang lg, utk ziarah ayah K.Nor. Singgah kejap kat kedai tepi jalan berhampiran rumah adik tu, utk beli barang keperluan dapur yg kakak K.Nor mintak tolong belikan. Bila masuk jer kedai tu, terus nampak udang2 dlm tong besar. eeeiiii.. besorrrrrnyer udang!! Bila tengok harga sama jer dgn harga udang yg kecik skit saiznya yg dijual kat kedai/pasar yg selalu K.Nor beli. Apa lg terus rembat sekilo. Dalam kepala dah terbayang.. butter prawn.. butter prawn.. hehe

Balik rumah, terus bersihkan udang dan masakkan Butter Prawn ni utk cik abg berbuka puasa. Kali ni jurai2 telur halussss sgt, rasanya kalau kasar skit lg cantik kan.. Lain kali kena cuba lg sampai betul2 puas hati..

Ok.. atas permintaan ramai (ramai ke, hehe..) K.Nor nak peturun kan ilmu nak buat butter prawn ni, walau apa yg K.Nor buat ni tak perfect sgt. Ilmu kita kena kongsi kan.. Ina! jgn lupa anto pengeras tau! :P

K.Nor amik resipi kat rumah Nita, dan dah pernah buat kali pertama dulu, tengok kat sini. Hari tu kureng menjadi sket kerana silap teknik. Kali ni lebih elok dr yg dulu, tp cam biasa K.Nor edit skit bahan yg digunakan. Noreen, mintak izin nak C&P resipi tu kat sini ya..

Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

Bendi Tumis Berkicap


Ini pun menu smlm, nak perhabiskan stok bendi. Resipi by Dayang Jack.. sedap, ratah saja pun best. Tq Dayang :)

Thursday, June 18, 2009

Sirap Bandung Berlaici

Jom minum sirap bandung berlaici, laici fresh ya, bukan yg dlm tin.. Nyamannnn anak tekak..

Strawberry Chocochips Muffin

Salam...

Ni projek malam td ya...

Adegan menyelongkar dlm esbok, terjumpa 1/2 pack lg stoberi yg dibeli kat baru2 ni. Sebelum stoberi tu menopouse kena la buat sesuatu dgnnya kan. Duk menyelongkar kat MyR cari resipi2 yg menggunakan stoberi sbb bahan asas. Cari yg mudah dan simple bahan2 yg diperlukan, tp tak nak buat something yg berkait dgn air@minuman tp lebih kepada nak membaking. Terjumpa la resipi puan tanah MyR, not bad, semua bahan2 ada. Keluarkan telur dan butter dr peti ais, lepas sejam, terus menggodek (K.Nor lecek jer td stoberi tu, tp kalau lain kali nak buat, just cincang2 jer lg sedap).. maka terhasil lah muffin yg enakkkkkkkkkkkk sgt. Satu combination antara stoberi yg masam2 dan coklat yg manis.. sedapppppp!! Teksture muffin yg lembut, tak manis sgt.. Aisyah duk ngap lepas satu, satu.. Sempat atau tidak nak bawak ke sekolah esok, tak tau la.. Dah la buat 1/2 adunan jer, lain kali kena buat 1 adunan lak.. Jom layan Strawberry Chocochips Muffin... tq Yani, mmg best!


Yani, sori ya.. K.Nor tambah sket ovellete sesudu kecik dlm adunan, lembut jer muffin ni.. ermmmmmm.... Sapa agaknya lepas ni terjangkit virus muffin ni.. ^__________^