f Secubit Garam: Trip to Cameron Highland 16 -18 Oct 2009 ~ Day 1

Tuesday, October 20, 2009

Trip to Cameron Highland 16 -18 Oct 2009 ~ Day 1

Salam........

Setelah seharian membuka kedai dobi dan geram kes PC masuk wad dan laptop buat hal gak, baru la dpt menghapdet cerita ceriti dan gambar2 semasa percutian ke Cameron Highland. Sebenarnya trip ni anjuran group photo cik abg K.Nor photosantai.com. Kita org pergi secara konvoi dgn 3 kereta dan 1 van yg berlepas dr K.Trg dan akan berjumpa di Brinchang dgn 1 lagi kereta (1 famili) dr KL. Perjalanan yg sepatutnya memakan masa 4 - 5 jam utk tiba di Cameron dah mengambil masa yg berganda2. Tau aje la bila join dgn group foto ni. Pantang ada spot/view yg menarik gerenti turun utk menembak. Akhirnya konvoi kita org yg bertolak dr K.Trg pada pukul 7.30pg tiba di Brinchang pada pukul 6ptg!! Pit stop yg paling lama kita org berhenti adalah kat Taman Negara Kuala Koh, Kelantan. Ok la ..kita layan gambar2 day 1 trip ke Cameron Highland ni. Nanti bila free akan disusuli lagi dgn gambar2 day 2 & 3..

1st pit stop .. area Tasik Kenyir


2nd pit stop .. juga area Tasik Kenyir


3rd pit stop .. Taman Santuari Gajah, Sg Ketiar, Kenyir


4th pit stop.. Taman Negara Kuala Koh, Kelantan


Canopy Walk di Taman Negara Kuala Koh

5th pit stop.. area atas bukit di Lojing

Untuk yg nak tau camna cara nak dptkan gambar spt yg kat atas ni (gambar bukit di Lojing yg biru ni) sila klik kat sini k...