f Secubit Garam: Moist Chocolate Chiffon

Friday, October 30, 2009

Moist Chocolate Chiffon

Salam di pagi Jumaat, penghulu segala hari. Pagi yg dingin, hujan sepanjang malam. Sekarang ni pun masih rintik2 lagi.. Alhamdulillah.. nikmat dr Ilahi utk kita semua termasuk tumbuhan dan haiwan..


Jom kita tengok apa show utk hari ni.. ^___^



Dah beberapa hari duk idam nak buat kek chiffon ni. Tapi dek kemalasan yg melanda disebabkan badan rasa letih manjang jer, so KIV jer dulu. Pastu pagi Rabu tu wat keluar la telur dr fridge ingatkan lepas masak lunch nak buat la kek ni. Alih2 mood tarak datang.. terbiar gitu jer telur kat dapur.

Hari Khamis (smlm), K.Nor amik kesempatan sbb tak masak utk lunch so K.Nor jalankan projek kek chiffon ni. Tak nak tangguh lagi dah. Kesian telur2 yg dah sedia nak digunakan tu. Masa pecahkan telur tu dah nampak dah telur cam dah tak baru lagi.. Padahal boleh aje simpan balik telur tu kat fridge dan guna telur lain. Tapi biar la.. guna kan aje.. Maka hasil kek ku tak seberapa elok jadinya. Tak naik gebu sgt tp lembut tu tetap lembut. Tak per la janji tak bantat atau mendap dah.. Bukan setiap kali kita buat something menjadi 100% atau perfect kan.. kena redha semua atas izin Allah dan bukan atas kehebatan kita kan.. Kek ni jadi lebih sedap sbb dicurah choc ganache. Anak2 pun laju jer makan.. Alhamdulillah..
Jom kita tengok resipinya. Resipi asal dr Che Mat Gebu yg diambil kat MyR. Thanks Che Mat dan mintak halal ya nak share resipi kat sini.


MOIST CHOCOLATE CHIFFON by Che Mat Gebu MyR
  • BAHAN A:-
  • 100 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 1 camca teh esen vanila
  • 50 ml minyak jagung
  • 4 kuning telur (Gred A)
  • 60 g gula halus
  • 1 camca besar coklat emulco*
  • 30 g serbuk koko*
  • 100 ml susu segar. disuamkan*(*disatukan dan gaul rata, sejukkan)
  • BAHAN B:-
  • 4 putih telur (Gred A)
  • 120 g gula halus
  • 1/2 camca teh cream of tartar ~ k.nor tak letak
Cara2
  • Dalam satu bekas. Satukan ke semua bahan2 A hingga sebati. Ketepikan
  • Pukul putih telur hingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti cream of tartar. Terus memukul dan masukkan baki gula. Putar hingga menjadi maringue yg kental
  • "Kental" disini bermaksud, jika alat pemukul itu diperbalikkan, puncak yg terhasil kukuh dan tidak terlentok. Seperti dalam gambar.
  • Ambil sebahagian maringue tadi dan kaup balikkan ke dalam adunan kek. Gaul rata.
  • Tuang adunan kek tadi ke dalam lebihan maringue dan dgn perlahan kaup balikkan hingga rata dan sebati. JANGAN terlebih gaul.
  • Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yg telah dialas dasarnya dgn kertas minyak dan disapu dgn mentega. Sekeliling bahagian dalam tin kek tidak perlu di sapu mentega hanya dasarnya sahaya.
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35 minit. Jika bahagian tepi kek mengecut sedikit itu tandanya kek sudah masak. Keluarkan dan terbalikkan acuan chiffon tadi dan biarkan sejuk dalam keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi tin dgn pisau dan keluarkan kek dari tin. Hias ikut suka...
Sapa2 yg nak tengok step by step cara buat kek ni sila klik kat link yg K.Nor dah letak kat atas (nama Che Mat)