f Secubit Garam: Kalimah Allah Di Akar Pokok

Tuesday, October 6, 2009

Kalimah Allah Di Akar Pokok

Seperti yang dijanjikan minggu lepas, ni nak tayang gambar akar pokok yg membentuk kalimah Allah. Gambar ni suami K.Nor shoot lama dah.. dan dah pernah tayang kat forum MyR.

Gambar ni diambil di salah satu pusat pengajian di K.Terengganu. Kalau dulu dikenali dng KUSZA tp sekarang dah bertukar kepada Universiti Darul Iman. Masa mula2 org lain jumpa akar ni, bentuk kalimah Allah tu mmg timbul dan jelas tp masa suami K.Nor g shoot tu dah makin tenggelam akarnya. Disebabkan pasir dan rumput2 yg semakin menutupinya. Biasa lah kan kalau hujan turun yg menyebabkan pasir2 pun bergerak kan. Sekarang ni rasanya dah tak nampak lagi dah kalimah Allah di akar pokok ni kerana pasir2 dan rumput2 dah menimbus kawasan tu.

Betapa Allah nak menunjukkan keagungannya, cuma sebahagian manusia tak pernah nak sedar dan insaf betapa semua benda milik DIA. Betapa dia berkuasa atas segala2nya dan bukan org atau makhluk yg patut diagung2kan dan disembah. Mudah2an kita tidak tergolong dlm golongan yg Allah murkai. Dan semoga Allah membuka pintu taubat buat kita semua sebelum malaikat maut menjalankan tugasnya.. amiin...