f Secubit Garam: Kek Pisang Bercoklat

Tuesday, September 8, 2009

Kek Pisang Bercoklat

Kalau ikutkan bulan puasa ni anak tekak kurang nakkan kek2 ni. Tp sbb ada special request dr anak teruna, si emak godek la jugak Kek Pisang Bercoklat kegemaran dia ni. Kebetulan beli pisang sesikat minggu lepas, tu yg Along cakap lamaaaaaaaaaaa tak makan kek pisang mak. Tu la yg buat semalam tambahan lak telur dan butter mmg sentiasa ada dlm esbok.

Kebetulan pulak adik K.Nor ada dtg dari K.Berang duk kemas2 barang kat rumah lama ayah/emak K.Nor. Jadi K.Nor bakar dlm bekas alum. bulat tu, senang nak bagi dua. Tak payah potong2. Satu utk dia bawak balik dan satu utk K.Nor sekeluarga. Cukup la tu, sekali hadap smlm tinggal sepotong jer lagi yg kat rumah ni. Tercapai la hajat Along nak makan kek febret dia tu..


Kek Pisang Bercoklat

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )

  • 250gm mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang
  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup