f Secubit Garam: Air Tuak @ Nira Kelapa

Thursday, July 2, 2009

Air Tuak @ Nira Kelapa

Ni air si ayah utk berbuka puasa hari ni, nak bg nama apa ya.. Tuak Float? Tuak Smootie? Rasanya Tuak Float ler, sbb letak eskrim.

Tuak/Nira Float

2 cawan air tuak/nira
1 cawan susu fresh
ketulan ais
eskrim vanila ~ k.nor guna perisa vanila yg ada jelly kiwi

Air tuak/nira dimasukkan dlm freezer hingga separuh beku.
Bila dah 1/2 beku, blend bersama susu fresh dan ketulan ais.
Tuang dlm gelas dan scoopkan eskrim ke atasnya.
Sedia utk diminum.

* k.nor tak letak gula sbb dah ada rasa manis dr eskrim

Untuk menjelaskan kekeliruan, sebenarnya air tuak ni lebih dikenali dgn nama air nira kelapa. Ianya tidak memabukkan. Air ni didapati dr proses menyadat mayang kelapa, yg ditadah dgn bekas plastik. Air nira ni sebenarnya air yg sepatutnya masuk kedlm kelapa tp dipintas dulu dan ditadah dlm bekas. Memang kaler dia pun jernih, yg menjadi putih spt yg K.Nor buat kat atas tu, sbb dah dicampur dgn susu fresh dan eskrim. Untuk penjelasan lebih lanjut sila tengok kat sini. Mudah2an tak keliru lg ya.. :)